Cover image for Persepsi guru pelatih maktab perguruan terhadap penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menjalani latihan mengajar di sekolah
Title:
Persepsi guru pelatih maktab perguruan terhadap penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menjalani latihan mengajar di sekolah
Personal Author:
Publication Information:
1994
Physical Description:
xiv, 162 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor: Assoc. Prof. Dr. Shariff Omar

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8349 ra
Abstract:
Kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan Pensyarah Pembimbing semasa mereka menjalani latihan mengajar di sekolah. Skop kajian ini terbatas kepada tiga buah Maktab Perguruan dalam Negeri Johor Darul Ta'zim sahaja iaitu Maktab Perguruan Mohd Khalid, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan Maktab Perguruan Batu Pahat. Responden adalah terdiri daripada guru-guru pelatih semester 4 sesi pengajian 1992/4 sahaja. Penyeliaan pensyarah Pembimbing merangkumi tugas-tugas yang dijalankan oleh Pensyarah Pembimbing sepanjang penyeliaan mereka dalam latihan mengajar di sekolah. Aspek-aspek penyeliaan yang diambilkira adalah seperti PRAMERHATIAN, PEMERHATIAN, ANALISIS, POSPEMERHATIAN, PENILAIAN, BIMBINGAN PENGAJARAN, PEMBENTUKAN SAHSIAH, PERKEMBANGAN PROFESIONAL DAN BIMBINGAN lagi aspek yang dikaji ialah persepsi guru pelatih terhadap latihan mengajar secara menyeluruh. Sampel dipilih secara rawak dengan pensampelan terstratum (Structure sampling) daripada maktab-maktab perguruan itu. Statistik deskriptif, Ujian-t, ANOVA Sehala telah digunakan dalam penganalisisan data dalam kajian ini (Jika perlu, Ujian Scheffe digunakan untuk mengkaji pasangan mana yang berbeza secara signifikan). Keputusan kajian ini menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap semua aspek penyeliaan. Pensyarah Pembimbing kecuali item-item terpilih dalam aspek PEMBENTUKAN SAHSIAH, PENILAIAN, PERKEMBANGAN PROFESIONAL DAN BIMBINGAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH. Keputusan Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dengan responden perempuan dalam persepsi mereka terhadap penyeliaan pensyarah Pembimbing kecuali dalam aspek ANALISIS sahaja. Ujian-t bagi persepsi responden antara kelulusan akademik juga menunjukkan tiada perbezaan dalam persepsi terhadap penyeliaan Pensyarah Pembimbing. Keputusan Anova Sehala untuk maktab, keturunan, umur dan pengalaman mengajar sebelum maksud ke maktab menunujukkan perbezaan yang tidak signifikan dalam persepsi terhadap penyeliaan Pensyarah Pembimbingnya. ANOVA Sehala untuk opsyen pula menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap penyeliaan Pensyarah Pembimbing tetapi ujian Scheffe yang dijalankan telah mendapati bahawa tidak ada pasangan opsyen yang berbezaan secara signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tresponden mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar secara menyeluruh.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002871915 LB2157.M3 L45 1994 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order