Cover image for Ekonomi pembangunan kondominium
Title:
Ekonomi pembangunan kondominium
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1983
Abstract:
Seperti bandaraya-bandaraya di merata dunia, Kuala Lumpur sebagai ibukota Malaysia, juga sedang mengalami pertumbuhan yang pesat dalam pembangunan kediaman. Di tahun-tahun yang lepas, lebih tekanan telah diberikan kepada perumahan 'conventional', dan kediaman berpadatan tinggi telah tidak mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat secara keseluruhannya. Tetapi, dengan adanya tekanan keatas penjimatan kawasan tanah baru-baru ini, serta galakkan dari pihak berkuasa untuk mengiatkan penggunaan tanah, pembangunan kediaman berpadatan tinggi juga telah bertambah dan tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, langkah yang pesat dalam pembandaran telah mengubah corak penghidupan di Kuala Lumpur dikebelakangan ini. Harga rumah telah meningkat 3 hingga 4 kali ganda, sehingga melebihi keupayaan sesebuah keluarga yang sederhana. Masalah-masalah lain seperti masalah trafik dan kekurangan 'domestic help' serta keinginan untuk privacy dan keselamatan telah membawa kepada permintaan untuk perumahan berasaskan konsep kondominium. Pada asasnya, penghidupan kondominium meliputi konsep untuk mencipta satu enviromen yang lebih baik dimana semangat komuniti dan koperasi dapat dikukuhkan. Selain dari pemilikan unit-unit masing-masing, setiap tuanpunya juga berkongsi dalam penggunaan serta penyenggaraan hartabenda dan fasiliti rekreasi milik bersama seperti tanah, bumbung, tangga, tempat letak kereta, dobi, kolam renang, jinasium, gelanggang tenis, squash dan badminton dll. Lebih kawasan 'greenery' dapat dicapai dengan kawasan lapang melalui konsep perumahan ini. Dari segi ekonomi, pembangunan jenis ini akan dapat mengiatkan serta memberi habis tinggi dan habis baik penggunaan sesekeping tanah itu dan pada masa yang sama memberi kepuasan kepada pemilik dengan membekalkan fasiliti-fasiliti rekreasi dan kawasan lapang.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002970 HD7287.67.M3 W66 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order