Cover image for Industri haram di Petaling Jaya Selatan
Title:
Industri haram di Petaling Jaya Selatan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7806 ra
Abstract:
Perkembangan pesat dalam sektor perindustrian di Malaysia khususnya Petaling Jaya sebenarnya adalah untuk ia menyokong pertumbuhan dan perkembangan bandar tersebut. Dengan adanya faktor-faktor penggalak seperti perletakan yang strategik untuk pertumbuhan ekonomi, bahan mentah yang mudah didapati, kos pengangkutan yang rendah dan cekap, pasaran yang luas serta galakan-galakan dari kerajaan seperti taraf perintis, menggalakkan pertumbuhan industri dengan pesatnya. Keadaan ini sebenarnya adalah positif untuk mempengaruhi ekonomi bandar, negeri seterusnya negara. Namun begitu pertumbuhan tanpa kawalan telah menyebabkan wujudnya industri yang tidak terancang tanpa kebenaran dari Pihak berkuasa Tempatan sama ada di atas tanah kerajaan ataupun tanah persendirian. pertumbuhan industri haram ini adalah disebabkan tekanan pembangunan industri ringan, penyediaan ruang yang tidak mencukupi, kelemahan perancangan serta pengaruh persekitaran. Pertumbuhan yang tidak terkawal ini menyebabkan timbul kesan dan masalah sampingan seperti pencemaran, kesulitan lalulintas, percanggahan gunatanah dan sebagainya. pertumbuhan ini seharusnya diatasi. Sehubungan itu kajian ini turut memberi cadangan untuk mengatasi masalah pertumbuhan industri haram tersebut. Adalah menjadi harapan semoga dengan adanya kajian industri haram di Petaling Jaya Selatan ini akan dapat memberi panduan dalam perancangan yang strategik terutamanya perancangan industri kecil perkhidmatan bukan sahaja di kawasan Petaling Jaya Selatan tetapi juga kepada lain-lain kawasan perancangan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001954662 HC79.D5 Z33 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order