Cover image for Kemampuan pembeli rumah kos rendah : Kajian kes : Tanah Puteh, Kuantan
Title:
Kemampuan pembeli rumah kos rendah : Kajian kes : Tanah Puteh, Kuantan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 3675 ra
Abstract:
Perumahan atau tempat tinggal merupakan satu keperluan asas manusia. Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah, keperluan perumahan menjadi isu utama di negara-negara sedang membangun. Masalah menjadi lebih ketara lagi di kawasan-kawasan bandar dan pinggir yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Walaupun penawaran perumahan meningkat dan terdapat kemudahan pinjaman dari institusi-institusi kewangan namun masalah ini terus berlaku. Apakah punca atau sebab berlakunya perkara ini? Kajian dijalankan bagi mencari sebab berlakunya masalah perumahan bagi golongan berpendapatan rendah atau golongan setinggan. Kawasan kajian adalah ditumpukan kepada golongan setinggan yang menghuni di Kampong Tanah Puteh, pinggir bandar Kuantan. Kajian menunjukkan bahawa golongan ini ingin membeli rumah sendiri tetapi kemampuan mereka menyekat keinginan mereka. Pendapatan mereka adalah rendah dan jumlah yang boleh dibelanjakan untuk perumahan adalah rendah. Kemampuan mereka tidak membolehkan mereka membeli atau membuat pinjaman-pinjaman yang disediakan pada masa kini. Ini kerana bayaran bulanan dan harga rumah berada di atas tahap kemampuan mereka. Pada akhir kajian ini dicadangkan beberapa konsep perumahan kos rendah yang dianggap dapat menyelesaikan masalah kemampuan mereka.
DSP_DISSERTATION:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006757 HD7363.6.K84 D37 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order