Cover image for Penggunaan komputer dalam sains amali untuk tingkatan empat dan keatas
Title:
Penggunaan komputer dalam sains amali untuk tingkatan empat dan keatas
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2935 ra
Abstract:
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayatnya dapat saya menyiapkan projek ini untuk sesi 1986/87. Projek saya yang bertajuk "PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM SAINS AMALI UNTUK TINGKATAN EMPAT DAN KEATAS" AMAT MENARIK UNTUK DIPERKATAKAN. Memandangkan tiada lagi institutsi pendidikan peringkat menengah yang mempelopori penggunaan komputer sepenuhnya dalam pendidikan amali, maka andaian yang tepat terpaksa di buat dengan buku-buku yang terhad dan terbatas. Dengan bantuan penyelia saya, ia memudahkan saya untuk memilih tajuk-tajuk yang harus dirangkumi bagi memenuhi keperluan projek. Di dalamlapuran ini, ianya terdiri daripada perkara-perkara asas berkenaan dengan pendidikan sains amali dan komputer mikro yang digunakan sebagai satu alat bantu mengajar. Ianya dinyatakan dalam bab 1 dan 2. Untuk bab 3, diberikan apakah peranan guru dan pehak pentadbiran sekolah jika mereka berinisiatif untuk menggunakan komputer dalam pendidikan sains amali khususnya dan pendidikan yang lain amnya. Untuk kajian projek ini, saya dengan nasihat penyelia telah menghadkan bidang kajian kepada amali kimia dan fizik sahaja, memandangkan ianya mempunyai potensi besar dan baik dalam usaha untuk emmulakan pendidikan berkomputer di sekolah. Rekabentuk sistem disertakan dalam bab 5 dan ia berguna sebagai panduan kepada pehak sekolah terhadap apakah keperluan perisian dan perkakasan yang diperlukan secara umum. Akhir sekali, rekabentuk pakej serta dokumentasi disertakan bersama dalam bab 6 dan 7. Ia memberikan satu gambaran secara kasar bagaimana pakej direkabentuk dengan sistem input, output, carta aliran serta subrutin yang terlibat. Rumusan serta kesimpulan dinyatakan bersama untuk menyatakan hasil projek yang diperolehi. Adalah menjadi harapan saya agar projek yang telah saya bina ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang berkenaan, meskipun ternyata kelemahan yang terdapat di sana sini. Semoga sumbangan saya yang kecil ini dapat menambahkan lagi khazanah di dalam bidang ilmu pendidikan berkomputer di Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005268 Q183.9 M25 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order