Cover image for Penentuan pembangunan penginapan di pusat pelancongan pulau melalui pertimbangan keupayaan tampungan : kajian kes : Pulau Besar, Melaka
Title:
Penentuan pembangunan penginapan di pusat pelancongan pulau melalui pertimbangan keupayaan tampungan : kajian kes : Pulau Besar, Melaka
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8058 ra .
Abstract:
Kepesatan perkembangan industri pelancongan telah memberikan pengaruh yang kuat terhadap pembangunan pusat-pusat pelancongan terutama di kawasan kepulauan. Tekanan dan penumpuan pembangunan yang tinggi di kawasan kepulauan sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan semulajadi seumebrjaya di kawasan kepulauantersebut. Pengalaman negar luar membuktikan bahawa pembangunan di kawasan kepulauan yang tidak terkawal menimbulkan kesan gangguan yang serius terhadap sosio-ekonomi penduduk dan fizikal yang meningkatkan penggunaan sumber yang terhad di kawasan tersebut. Antara kesan ketara yang dikenalpasti termasuklah kerosakan pada kawasan pantai, pembuangan dan pembakaran sampah-sarap secra terbuka, masalah hakisan, gangguan ekologi terutama terumbu karang dan masalah dari segi penawaran sumber seperti kemudahan asas. Punca-punca masalah ini ialah pembangunan yang berlebihan berbanding dengan sumberjaya yang terhad, tanpa sebarang langkah kawalan; dan kedatangan pelancong yang terlalu ramai melebehi kapasiti yang boleh ditampung oleh sesuatu kawasan. Oleh itu, setiap jururancang haruslah peka terhadap kesan kemungkinan yang akan timbul jika tiada langkah-langkah kawalan segera diambil untuk mengawal dan menguruskan perancangan pembangunan di kawasan kepulauan. Tambahan pula kawasan kepulauan ini mempunyai sumber yang terhad dan memerlukan perancangan yang teratur dan teliti bagi mengeksploitasikan sumberjaya untuk tujuan pembangunan, agar tidak memberikan kesan terhadap persekitaran dan sumber itu sendiri. Juuteru itu juga, adalah wajar bagi jururancang untuk mengambilkira pertimbangan tertentu sebagai sokongan terhadap keputusan perancangan yang dibuat. Selain dari itu, ia merupakan sebagai salah satu langkah kawalan pembangunan yang bersesuaian dengan penerimaan sumberjaya di kawasan tersebut. Kaedah penilaian sumberjaya yang digunakan untuk menilai tahaptampungan sumberjaya terhadap pembangunan adalah melalui pertimbangan keupayaan tampungan (Carrying Capacity). Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengenalpasti dan menentukan tampungan pembangunan penginapan di pusat pelancongan pusat pelancongan pulau yang terpilih melalui pertimbangan keupayaan tampungan. Di dalam kajian ini, penekanan diberikan terhadap aspek had tampungan kawasan pembangunan dan kemampuan sumberjaya semasa menampung pembangunan akan datang. Analisis yang dijalankan menitikberatkan kepada pengaruh aspek pembatas pembangunan dan pembolehubah pembangunan yang mempengaruhi tampungan penginapan di kawasan kajian. Hasil daripada analisis menunjukkan tampungan pembangunan penginapan masa depan di kawasan kajian amat terhad dan dibatasi oleh penawaran sumber bekalan kemudahan air semasa. Melalui kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa kriteria pertimbangan yang perlu diambilkira di dalam perancangan pembangunan di kawasan kepulauan, serta beberapa langkah kawalan pembangunan agar dapat dijadikan asas oleh pihak berkuasa ( atau agensi yang terlibat secara langsung dengan pembangunan di kawasan kepulauan) untuk menyediakan polisi atau garis panduan perancangan dan pengawalan di kawasan kepulauan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002368516 HF5430.6.M32 M493 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order