Cover image for Pendekatan perancangan bandar dalam mengawal pencemaran udara dari sumber trafik : kajian kes : Kuala Lumpur
Title:
Pendekatan perancangan bandar dalam mengawal pencemaran udara dari sumber trafik : kajian kes : Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7896 ra
Abstract:
Tumpuan aktiviti guna tanah di pusat bandar, mempunyai pengaruh yang kuat bagi permintaan perjalanan trafik. Pertambahan kenderaan yang pesat bukan sahaja menyebabkan kesesakan trafik malah meningkatkan kadar pencemaran udara. Berdasarkan keadaan tersebut, kajian ini memberi tumpuan kepada perkaitan antara penumpuan guna tanah, penjanaan trafik dan pencemaran udara di kawasan kajian Kuala Lumpur merangkumi Kawasan Perancangan Pusat (KPP). Rumusan kajian literatur menunjukkan bahawa konsentrasi pencemaran udara adalah berkait rapat dengan aliran dan kepadatan trafik di samping pengaruh faktor tatatur (ketinggian bangunan, kelebaran dan hala jalan) dan iklim bandar (kelajuan dan arah angin). Sementara peningkatan paras pencemaran udara dari sumber trafik dipengaruhi oleh pertumbuhan jumlah luas lantai guna tanah. DiKuala Lumpur, paras pencemaran udara bagi karbon monoksida (CO) mencapai 5.0 ppm sementara partikel terampai (JPT) 146.4 mg.m3. Paras yang lebih tinggi di KPP dengan kadar 6.4 ppm bagi CO dan 158.0 mg/m3 bagi JPT adalah disebabkan kepadatan trafik yang melebihi 130 kend/km. Paras yang disyorkan oleh JAS ialah 9ppm bagi CO (8jam) dan 150 mg/m3 bagi JPT (24 jam). Melalui penggunaan teknik regresi, tiga hubungan telah dihasilkan iaitu kepadatan trafik dengan pembebasan karbon monoksida dan partikel terampai yang masing-masing dengan kadar pekali r = 0.83 dan r = 0.79; juga hubungan antara peningkatan paras pencemaran udara (JPT) dengan pertumbuhan jumalah luas lantai guna tanah bandar dengan kadar pekali r = 0.82. Unjuran yang dibuat adalah berdasarkan persamaan regresi yang dihasilkan iaitu CO = 0.11 (TC/WS) + 2.42 dan JPT = 2.22 (TC/WS) + 92.65. Dari model ini, unjuran kedua-dua bahan pencemar CO dan JPT dijangka mencapai 7.3 ppm dan 146.0 mg/m3 di Kuala Lumpur pada tahun 2000. Di Kpp, paras CO meningkat kepada 9.7 ppm dan 239.2 mg/m3 bagi JPT. Program engawalan pencemaran udara semasa didapati lebih tertumpu kepada kawalan perundangan, mekanikal dan penguatkuasaan oleh JAS. Sementara kawalan disegi perancangan pengangkutan dan guna tanah bandar masih tidak dilaksanankan dengan sepenuhnya. Bagi mengatasi masalah ini, program pengawalan seharusnya memberi tumpuan untuk mengurangkan penjanaan trafik dan penumpuan guna tanah di pusat bandar. Di Kuala Lumpur, tindakan pengawalan boleh dijalankan secara berperingkat mengikut keperluan jangkamasa tertentu iaitu tindakan segera dengan menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam; mewujudkan pembatasan kenderaan di KPP ; mempergiatkan program penanaman pokok dan sebagainya. Bagi pengawalan jangkapanjang pertimbangan semula seharusnya diberikan kepada sistem pengangkutan dalam perancangan guna tanah di samping mengurangkan aktiviti yang banyak menjanakan trafik di KPP; mempertingkatkan `pedestrian mall'; menggalakkan pembangunan bercamput serta memperkenalkan sistem transit Monorel dan LRT bagi mengatasi pencemaran udara dari sumber trafik.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1992.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000022 HT166 A54 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002190415 HT166 A54 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order