Cover image for Penghasilan peta cerun bagi sebahagian kawasan Lembah Kelang
Title:
Penghasilan peta cerun bagi sebahagian kawasan Lembah Kelang
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1990
Abstract:
Pembuatan peta, terutamanya peta tematik di negara ini boleh dikatakan agak terhad berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Sepanjang pengetahuan dan kefahaman penulis, jenis peta tematik iaitu peta cerun belum dihasilkan di negara ini. Peta cerun merupakan salah satu jenis peta tematik yang mempersembahkan jasad timbul. Maklumat yang terkandung di dalam peta cerun biasnya menggambarkan dan menunjukkan kecerunan di kawasan kajian. Peta cerun ini boleh digunakan bagi tujuan pengawalan banjir, kerja-kerja kejuruteraan, perancangan bandar dan wilayah, pertanian, kawalan hakisan, geografi dan sebagainya. Ianya amat penting untuk tujuan perancangan dan pengurusan serta kajian awal sebelum sesuatu projek yang memerlukan perta cerun dilaksanakan. Berdasarkan pada peranan peta cerun, satu kajian awal yang merangkumi aspek teori dan prosidur penghasilan peta cerun bagi kawasan Lembah Kelang dirasakan amat perlu. Ini adalah kerana banjir kilat merupakan masalah yang sering kali dihadapi di kawasan Lembah Kelang terutamanya di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur. Kecerunan kawasan kajian adalah merupakan salah satu punca terjadinya banjir kilat selain bentuk, saiz, darjah telapan, kekasaran dan sebagainya. Kecerunan boleh menghalang dan membenarkan aliran air. Sepertimana yang berlaku di Lembah Kelang, air dari kawasan berkecerunan tinggi mengalir dengan cepat memasuki sungai-sungai utama dan bertemu di pusat bandar Kuala Lumpur yang kedudukannya adalah pada kecerunan rendah. Ini akan menyebabkan isipadu air bertambah dengan cepat sehingga boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Penghasilan dan penulisan peta cerun ini dibuat meliputi ciri-ciri persembahan simbol serta maklumat dengan menggunakan konsep "figure-groud" yang digabungkan dengan kaedah lapisan berwarna (layer tints). Hasil yang diperolehi adalah setanding atau lebih baik jika dibandingkan dengan kaedah persembahan peta cerun luar negeri yang pernah dihasilkan oleh G.H. Smiths (Lampiran C), A.H. Robinson (Lampiran D) dan Raisz dan Henry (Lampiran E).
DSP_DISSERTATION:
Kertas Tajuk Khas (Sarjana Muda Ukur Tanah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001542566 GA108.7 M65 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order