Cover image for Kajian pengurusan kontrak pelabuhan Kuantan, Pahang/ Mohd Mazlan Che Mat
Title:
Kajian pengurusan kontrak pelabuhan Kuantan, Pahang/ Mohd Mazlan Che Mat
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1707 ra
Abstract:
Pengurusan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembinaan sesuatu projek. Penulis dengan ini mengemukakan satu bentuk pengurusan kontrak bagi projek yang berbentuk Kejuruteraan Awam iaitu satu kajian kes mengenai Pelabuhan Kuantan, Pahang. Klien projek ini ialah Kementerian Pengangkutan yang mengawasai aspek-aspek kewangan projek, manakala Jabatan Kerjaraya iaitu salah satu Jabatan Teknikal Kerajaan, merupakan ejen pelaksana yang mengendalikan aspek teknikal dan pengurusan kontrak. Memandangkan pembinaan pelabuhan merupakan satu bentuk pembinaan yang memerlukan banyak kepakaran, maka perhatian yang serius diberikan terhadap beberapa aspek pengendalian projek tersebut semoga lebih difahami dan dapat mengambil pelajaran penting dari pengalaman projek ini. Sepanjang tempoh kajian ini dibuat, penulis telah ditempatkan di Jabatan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR, untuk meneliti kesemua dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang bersangkutan dengan kajian projek ini. Lawatan tapak telah dibuat apabila perlu, dan perbincangan dengan pegawai-pegawai yang bersangkutan dengan projek ini. Lawatan tapak telah dibuat apabila perlu, dan perbincangan dengan pegawai-pegawai yang bersangkutan dengan projek telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas. Kajian terperinci dibuat bermula dari peringkat Kajian Kemungkinan sehingga keperingkat penyediaan Akaun Muktamad serta penglibatan perunding-perunding berkenaan. Bentuk kontrak, aturcara pemanggilan tawaran, kontrak setara, bagaimana penilaian kemajuan dibuat, analisa jangkamasa dan kos projek adalah diantara aspek-aspek terpenting yang dikaji. Akhirnya, gambaran yang lebih jelas tentang peranan yang telah dimainkan oleh Jabatan Kerjaya, yang juga melibatkan profesyen Ukur Bahan di dalam projek-projek pengendaliannya dapat ditampilkan. Syarat-syarat ketatkan yang dikenakan oleh Bank Pembangunan Asia sebagai sumber pinjaman utama sedikit sebanyak mempengaruhi kelicinan perjalanan projek ini. Pentingnya Kumpulan Pengurusan Projek mempunyai seorang pakar pelabuhan pada peringkat perancangan lagi juga ditekankan. Peranan dan penglibatan Perunding projek dari luar negeri juga ditimbulkan dan dikaji dengan mendalam.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur Bahan)- Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002526 HE560.K84 M63 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002576 HE560.K84 M63 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order