Cover image for Pembangunan berskel raksasa dan pengwujudan kawasan setinggan, kajian kes : Bintulu, Sarawak
Title:
Pembangunan berskel raksasa dan pengwujudan kawasan setinggan, kajian kes : Bintulu, Sarawak
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1611 ra
Abstract:
Sebelum pembangunan berskel raksasa dilaksanakan, Bintulu merupakan sebuah bandar yang mundur dan terpisah dari bandar-bandar yang maju di negeri Sarawak. Bagaimanapun keadaan di Bintulu telah bertukar secara mendadak apabila pembangunan dijalankan dengan pesatnya. Bintulu yang tidak pernah menghadapi masalah perumahan sebelum ini, sekarang telah menghadapi masalah persetingganan. Oleh yang demikian. jelas lah bahawa persetingganan tersebut merupakan salah satu daripada kesan sebenar pembangunan berskel raksasa. Kewujudan kawasan setinggan adalah akibat daripada permintaan ruang tempat tinggal yang tinggi oleh migran yang masuk ke Bintulu secara beramai-ramai dan mendadak. Keadaan ini telah memberi implikasi kepada penetapan kadar sewa dan juga harga rumah yang tinggi di dalam pasaran. Sebagai jalan keluar, penduduk berpendapatan rendah telah tertumpu kepada pembinaan rumah-rumah di atas tanah kerajaan yang terbiar di mana ini menimbulkan beberapa masalah samada kepada pihak kerajaan mahupun penduduk-penduduk itu sendiri. Untuk mengatasi masalah persetingganan ini, du pendekatan utama dikemukakan iaitu penyelesaian umum dan penyelesaian masalah setinggan di peringkat kawasan rujukan khas. Di peringkat umum, langkah-langkah yang perlu diambil melibatkan tindakan-tindakan di peringkat negeri dan di peringkat tempatan. Langkah-langkah di peringkat negeri ialah pembentukan polisi-polisi dan strategi-strategi berkenaan dengan pembangunan berskel raksasa, penyediaan perumahan dan bantuan kewangan. Sementara itu, di peringkat tempatan pula adalah lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah persetingganan. Seterusnya di peringkat yang kedua kajian secara mendalam terhadap kemampuan dan keupayaan penduduk setinggan di dalam kawasan yang dipilih telah dilakukan. Untuk menyelesaikan masalah di kawasan berkenaan, pengkaji mengemukakan penyelesaian iaitu langkah dari gabungan sistem perundangan berasaskan peruntukan di dalam Kanun Tanah Negeri Sarawak dan langkah menyediakan rumah-rumah untuk menyerapkan penduduk-penduduk setinggan yang terlibat. Penggunaan kedua-dua cara di atas ialah untuk memastikan penduduk berpindah dari kawasan rujukan khas serta menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk tersebut. Pengkaji yakin bahawa dengan menggunakan langkah-langkah yang disyorkan, masalah persetingganan baik di dalam kawasan kajian ataupun di Sarawak berkeupayaan untuk diselesaikan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003408 HD7363.6.S39 P84 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002844 HD7363.6.S39 P84 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order