Cover image for Sistem maklumat tanah lesen tumpangan sementara Negeri Terengganu
Title:
Sistem maklumat tanah lesen tumpangan sementara Negeri Terengganu
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2314 ra
Abstract:
Sistem yang dicadangkan ini merupakan satu alternatif ke arah menyelesaikan kelemahan-kelemahan dalam sitem maklumat pengurusan tanah Lesen Tumpangan Sementara Negeri trengganu. Kelemahan-kelemahan dalam pegurusan maklumat semasa didapati hasil daripada kajian dan pemerhatian yang dijalankan di pejabat-pejabat Tanah seluruah negeri serta berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja di Pejabat Pengarah tanah dan galian Terengganu. Aspek-aspek pengurusan maklumat seperti penyimpanan, mendapatkan semula maklumat, pengemaskinian dan mendapatkan data statistik tanah Lesen Tumpangan Sementara adalah arena yang diberi perhatian oleh pihak pentadbir tanah dan juga pengurusan atasan negeri dan persekutuan. Oleh itu pembinaan sistem dibuat dengan hasrat sedapat mungkin boleh memenuhi keperluan mereka. Untuk mencapai tujuan ini sebanyak empat buah fail sejarah, lapan buah fail transaksi, empat buah fail induk, tiga buah fail isih dan sebuah fail laporan. Disamping itu sebanyak lapan puluh enam buah aturcara dibina bagi membolehkan fail-fail berkenaan diproses dan seterusnya menghasilkan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan cara yang jauh lebih mudah, cepat dan tepat jika dibandingkan dengan sistemyang ada sekarang. Pembinaan sistem ini juga mengambil kira perkembangan dan kehdnkehendak semasa pengguna. Maklumat-maklumat ini didapati semasa temubual penulis dengan para pentadbir tanah dan kakitangan lain. Untuk memudahkan penggunaan sistem ini, penulis menggunakan kaedah 'MENU agar pengguna senang berinteraksi dengan sistem. Di samping itu dengan cara ini pengguna tidak akan merasa cepat bosan dan dikira akan tertarik untuk meneruskan kerja. Bagi memastikan agar maklumat-maklumat disimpan adalah tepat dan selamat beberapa pendekatan diguna seperti yang dihurai dalam Bab 7, Seksyen 7.5. Akhirnya, sebagai kesimpulan laporan ini memuatkan juga keupayaan sistem; dari sudut faedah yang diperolehi, kelemahan-kelemahan yang perlu difahami serta kebolehannya untuk menghadapi masa depan yang diduga cemerlangan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Lepas Ijazah Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004005 HD108.15 Z86 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order