Cover image for Relationships between engineering properties and microstructural characteristics of mortar containing agricultural ash
Title:
Relationships between engineering properties and microstructural characteristics of mortar containing agricultural ash
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Loan in microfilm form only : MFL 8007 ra
Abstract:
Tesis ini adalah satu kajian mengenai hubungkait antara sifat kejuruteraan dan ciri mikrostruktur mortar mengandungi Abu pertanian, AP (Agricultural Ash, AA) sebagai gantian separa ke atas simen. Dua sifat kejuruteraan yang telah dipilih untuk kajian ialah kekuatan mampatan dan ketelusan air. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai perhubungan yang rapat dengan sifat kelasakan mortar atau konkrit itu sendiri. Ujikaji telah dijalankan ke atas mortar mengandungi bahan gantian separa simen berupa Abu Sekam Padi, ASP (Rice Husk Ash, RHA) dan Abu Kelapa Sawit, AKS (Palm Oil Fuel Ash, POFA). Gantian separa yang digunakan ialah sebanyak 10,20, 30 dan 40 peratus mengikut kadar berat.Sebagai perbandingan mortar mengandungi 30 peratus Abu Bahan Api Terhancur, ABAT (Pulverised Fuel Ash, PFA) dan mortar kawalan simen biasa telah juga diuji. Setiap bancuhan mortar mengandungi nisbah batubaur:simen dan air:simen masing-masing dengan kadar 3 dan 0.55. Mortar telah diawet basah pada suhu 20, 27 dan 40 C. Ujian-ujian mampatan ketelusan air, kandungan kalsium hidroksida dan keliangan telah dijalankan pada usia satu hari hingga setahun. Ujian keliangan dan taburan saiz liang telah dilakukan menggunakan alat permeteran keliangan penerobosan raksa hentakan berterusan sementara kandungan kalsium hidrosida telah didapati menggunakan alat permeteran graviti haba dengan kaedah dinamik. Sampel telah disediakan menggunakan teknik pengeringan gantian larutan kerana kaedah ini mendatangkan kesan buruk yang minima terhadap struktur keliangan. Kajian telah mendapati bahawa kekuatan mampatan mortar pada usia setahun bagi kandungan ASP 30 peratus adalah jauh lebih tinggi dlri mortar kawalan manakal mortar dengan gantian abu yang lainnya hanya sekadar menyamai kekuatan mortar kawalan. Kadar gantian optima bagi kekuatan untuk ASP dan AKS adalah masing-masing pada kadar 16 dan 12 peratus. Kajian telah juga mendapati bahawa keteluasan mortar mengandungi 30 peratus kesemua jenis abu menurun mengikut usia dan pada peringkat akhir prestasinya adalah setara dengan mortar kawalan. Penurunan kadar keteluasan ini adalah hasil dari pengurangan jumlah keliangan besar dan pengecilan keliangan yang disebabkan oleh tindak balas pozzolana. Perhubungan antara kekuatan mampatan dan struktur liang untuk kesemua campuran mortar adalah mengikut kadar songsang dalam bentuk lelurus log dengan keliangan raksa, dan jejari liang isipadu min. Keliangan mortar simen/abu boleh dihubungkaitkan dengan taburan saiz liang mengikut tanggapan (konsep) isipadu genting bagi liang dengan saiz jejari melebihi 200A.
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Ph D) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002359754 TA437 S25 1993 raf Closed Access Thesis UTM PhD Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
SPS30000000003 TA437 S25 1993 Closed Access Thesis UTM PhD Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order