Cover image for Peranan perletakan didalam masalah projek perumahan terbengkalai : kajian kes : bandar baru Selesa Jaya
Title:
Peranan perletakan didalam masalah projek perumahan terbengkalai : kajian kes : bandar baru Selesa Jaya
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1989
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 5830 ra
Abstract:
Masalah perletakan merupakan salah satu daripada punca utama yang menyebabkan terjadinya masalah pembangunan perumahan terbengkalai. Dalam menghadapi masalah ini, dua pihak yang di dapati terlibat secara langsung; Pihak Berkuasa Tempatan yang telah meluluskan perletakannya dan pihak pemaju yang bertanggungjawab di atas pengurusan pembinaannya. Bagi melihat masalah ini dengan lebih dekat, kajian dan analisis terhadap prosedur-prosedur kawalan pembangunan serta penilaian permohonan telah dijalankan. Temubual dengan pihak pemaju yang bertanggung jawab juga telah diadakan bagi membantu pengkaji di dalam memahami latarbelakang pembangunan kawasan kajian dengan lebih baik serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pemaju sendiri. Soal-selidik yang dijalankan di kalangan penduduk tempatan pula boleh membantu di dalam menentukan kriteria-kriteria utama yang diambil kira di dalam membuat pemilihan untuk memiliki rumah. Maklumat ini dapat dijadikan asas di dalam perancangan perumahan bukan sahaja oleh pihak pemaju tetapi juga mereka yang bertanggung jawab di dalam membuat penilaian terhadap permohonan pembangunan perumahan. Berpandukan maklumat-maklumat yang terkumpul, analisis perletakan kawasan kajian dibuat iaitu dengan melihat perancangan kawasan kajian dalam konteks sub-wilayah dan juga tempatan. Kawasan Kajian Tempatan Skudai telah dijadikan sebagai kawasan kajian sub-wilayah. Di samping memperbincangkan perletakan dalam konteks taburan gunatanah tempatan, penekanan juga dibuat untuk melihat perkaitan kawasan kajian dengan kawasan sekitar. Faktor kemudah-sampaian dam jalan perhubungan memainkan peranan utama di dalam meletakkan "perletakan" kawasan kajian. Ini bermaksud, faktor perletakan merupakan satu ciri yang dinamik yang mana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang boleh mencorakkannya. Dalam konteks kawasan kajian, faktor jalan perhubungan dan perkhidmatan perhubungan memainkan peranan yang penting disebabkan penduduk tempatan masih bergantung kepada perkhidmatan luar untuk mendapatkan perkhidmatan kemudahan yang diperlukan. Di samping itu, kemudah-sampaian yang lain seperti kenampakan juga perlu dititik beratkan kerana kawasan kajian sehingga ini masih merupakan satu kawasan yang baru di mana sehingga kini ramai penduduk di Skudai sendiri tidak menyedari tentang pembangunan Bandar Baru Selesa Jaya dan perletakannya. Ini menggambarkan, perletakan secara geografi hanya salah satu daripada sudut pengukuran perletakan tetapi perletakan sebenar dipengaruhi oleh perkaitan kawasan tersebut dengan lain-lain kawasan. Dengan fahaman ini, adalah diharapkan ianya dapat membantu menterjemahkannya di dalam membuat penilaian selanjutnya terutamanya di dalam membuat penilaian ke atas permohonan untuk kebenaran pembangunan perumahan.
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003357 HD7363.6.J69 S24 1989 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003495 HD7363.6.J69 S24 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order