Cover image for Kajian sistem pengkalan data agensi harta tanah di Johor Bahru
Title:
Kajian sistem pengkalan data agensi harta tanah di Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8103 ra

Dilampiri oleh disket : DSK 597 ra
Abstract:
Di dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah terutamanya teknologi maklumat, penggunaan komputer adalah menjadi pilihan bagi kebanyakan agensi kerajaan dan swasta bagi mengendalikan urusan penyimpanan dan pengendalian rekod.Tujuan projek khas ini dihasilkan adalah bagi mengkaji sistem pengkalan data agensi harta tanah yang dipraktikkan oleh firma-firma perejenan harta tanahdi Johor Bahru. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kelemahan di dalam sistem pangkalan data agensi harta tanah, mengenalpasti cadangan dan keperluan pengguna dan merekabentuk satu pengaturcaraan yang piawai yang boleh digunakan oleh kebanyakan firma perejenan harta tanah.Kajian ayng dijalankan oleh penulis adalah terhad kepada sistem penyenaraian harta tanah sahaja. Sistem pangkalan data atau penyimpanan rekod harta tanah adalah merupakan aset yang terpenting di dalam sesebuah perejenan harta tanah di Johor bahru masih lagi bergantung kepada sistem manual.Berdasarkan kepada masalah dan cadangan pengguna mengenai perejenan hartatanah, satu sistem pengkalan data berkomputer yang dinamakan Sistem Pengkalan Data Agensi Harta Tanah atau Real Estate Agency Database System - ReadBASE telah dihasilkan oleh penulis. Sistem ini dihasilkan adalah sebagai alternatif kepada sistem manual yang masih dipraktikkan oleh kebanyakkan firma perejenan harta tanah di Johor Bahru.ReadBASE adalah merupakan pengaturcaraan yang direka khusus bagi tujuan penyimpanan data harta tanah terutamanya yang berkaitan dengan penyediaan senarai harta tanah (property listing). Melalui sistem ini data atau rekod yang dikehendaki dapat diperolehi dengan pantas terutama apabila melibatkan data atau rekod yang banyak dan rencam. Kelebihan REAdBASE ialah ia berupaya mencari sesuatu data dengan lebih pantas di samping dapat mengelakkan pertindihan data. Selain daripada itu, REAdBASE juga menyediakan kemudahan melihat, menambah, menyunting, melupus, menganalisis dan menghasilkan laporan bagi tiap-tiap data yang dikehendaki di dalam sistem ini. Adalah diharapkan melalui kajian ini, akan menjadi penggerak kepada penghasilan lain-lain sistem atau pengaturcaraan yang berkaitan dengan perejenan harta tanah.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda))--Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002420135 HD1375 R29 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order