Cover image for Peranan UDA dan PKNS dalam membiayai pembangunan pusat-pusat membeli belah : kawasan kajian Kuala Lumpur dan Shah Alam
Title:
Peranan UDA dan PKNS dalam membiayai pembangunan pusat-pusat membeli belah : kawasan kajian Kuala Lumpur dan Shah Alam
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 6957 ra
Abstract:
Didalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), tujuan utamanya adalah untuk mengujudkan perpaduan rakyat dengan cara memperbaiki keadaan sosio-ekonomi yang tidak seimbang diantara peringkat pendapatan dan juga antara kaum. Usaha-usaha ini dirumuskan melalui dua matlamat DEB:- (i) membasmi kemiskinan; (ii) menyusun semula masyarakat. Dalam kontek penyusunan semula, satu matlamat kuantatif telah digubalkan iaitu memperolehi sekurang-kurangnya 30% penyertaan Bumiputra dibidang perdagangan dan perniagaan. Beberapa agensi kerajaan termasuk UDA dan PKNS telah diwujudkan bagi mencapai matlamat ini. Penglibatan dan usaha-usaha UDA didalam kontek ini adalah berasaskan kepada dua matlamat UDA yang utama, iaitu untuk mencapai dengan sebenar-benarnya pertambahan Bumiputra didalam pemilikan harta bandar dari segi stok, nilai dan bilangan penyertaan Bumiputra secara berkesan didalam perniagaan dan perindustrian. Usaha-usaha UDA ini dilihat dari usaha-usaha yang dijalankan dibandar Kuala Lumpur. UDA telah menjalankan tiga program yang utama yang berkaitan dengan matlamatnya diatas. Programnya yang pertama merupakan penyediaan ruangniaga yang sudah siap dengan menyewa atau membeli lot-lot tersebut dan kemudiannya disewakan kepada Bumiputra. Pada tahun 1978 sahaja, UDA telah berjaya membeli 90 unit ruangniaga di Pertama Komplek, di Bazar Pertama pula adalah 85, 60 di Hentian Pudu Raya, 31 di Wisma MPI, 38 di Wisma Central dan 59 di Ampang Park. Dari jumlah ini 160 buah unit kedai dijual dan 179 buah unit disewakan kepada orang ramai. Peratus yang dipunyai atau disewa oleh Bumiputra pula daripada jumlah ruangniaga ditiap-tiap pusat membeli adalah seperti berikut:- (i) Ampang Park (13%); (ii) Pertama Komplek (80%) (iii) Hentian Pudu Raya (99%) (iv) Wisma Central (35%); (v) Wisma MPI (8%). Program UDA yang kedua adalah membina ruangniaga yang baharu dengan membuat usahasama dengan syarikat-syarikat pemaju Bumiputra. Badan-badan Berkanun dan pemaju Bumiputra. Badan-badan Berkanun dan pemaju bukan Bumiputra. Program yang dijalankan oleh UDA juga adalah melibatkan diri didalam perniagaan itu sendiri. Ini dilakukan dengan menyertai ekuiti syarikat Bumiputra atau pun dengan membeli saham perniagaan yang dimiliki oleh bukan Bumiputra. Didalam program ini, biasanya UDA menyediakan sebahagian dari jumlah modal untuk perniagaan dan rakanperniagaannya pula menyumbangkan sebahagian bakinya. Usaha-usaha PKNS didalam membiayai pembangunan pusat-pusat membeli belah adalah dilihat dari perancangannya yang sedang dijalankan di Shah Alam. Di Shah Alam, bentuk dan lokasi membelibelah adalah berbeza diantara kawasan di utara dan di selatan Lebuh Raya Persekutuan. Dikawasan selatan, pusat-pusat membelibelahnya akan diletakkan tidak lebeh dari 1/4 batu dari tempat kediaman suri rumah. Dikawasan utara pula, ini tidak begitu penting. Bagi pasar-pasar di bahagian utara, ianya akan diletakkan kurang dari 1/2 batu dari pusat bandar dan dikawasan selatan pula, pasar-pasar diletakkan berdekatan dengan kawasan yang dilalui oleh bas mini dan lain-lain kenderaan. Ini adalah kerana kawasan ini terletak jauh dari pusat bandar. Dijangkakan, pusat-pusat membeli belah di Shah Alam akan terpaksa bertanding hebat dengan pembangunan pusat membeli belah di bandar yang berdekatannya, terutama bandar baru Subang Jaya. Ini adalah kerana pada awal tahun ini, cadangan telah dibuat untuk membangunkan pusat-pusat membeli belah dan pejabat yang bertaraf wilayah dengan lain-lain komplek hiburan disepanjang 150 kaki berhadapan dengan Lebuh Raya. Ini menunjukkan bahawa Shah Alam patut mempercepatkan pembangunan pusat membeli belahnya yang cukup besar untuk menampung penduduknya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000007335 HF5430.6.M3 J35 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002387128 HF5430.6.M3 J35 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...
Searching...
30000002386922 HF5430.6.M3 J35 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order