Cover image for Aktiviti perniagaan haram jenis runcit di SS 9A Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
Title:
Aktiviti perniagaan haram jenis runcit di SS 9A Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8077 ra .
Abstract:
Aktiviti perniagaan merupakan salah satu aktiviti ekonomi penting dalam pembangunan sesebuah kawasan. Kepentingannya bermula sejak zaman dahulu lagi bertambah penting hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, wujud satu fenomena dimana berlakunya aktiviti perniagaan yang tidak mengikut ketetapan dan tidakmendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan satu-satu kawasan. TekaaTekanan pembangunan yang pesat berlaku seperti di Petaling Jaya telah meningkatkan permintaan barangan yang tinggi akibat pertambahan penduduk yang tinggi. Maka berlakulah aktiviti seperti di atas atau disebut aktiviti perniagaan haram dan salah satu aktiviti yang ketara berlaku ialah aktiviti perniagaan haram jenis runcit.Aktiviti perniagaan haram jenis runcit terlibat dalam percanggahan gunatanah dan kegunaan bangunan. Perlaksanaan kajian terhadap aktiviti haram ini adalah agak rumit kerana melibatkan kajian terhadap peniaga-peniaga haram yang tentunya kurang memberi kerjasama atas sebab keselamatan mereka. penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPPJ adalah perlu berdasarkan kepada kuasa yang ada terhadap kawasan pentadbirannya.Aktiviti perniagaan ahram ini perlu dibendung berdasarkan kepada masalah yang timbul daripadanya. Selain terlibat dalam masalah percanggahan gunatanah dan kegunaan bengunan, ia juga menimbulkan masalah kesesakan jalan raya dan mengancam keselamatan penduduk. Pihak Majlis perlulah melakukan tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah aktiviti perniagaan haram ini dalam kawasan pentadbirannya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000593 HF5429.6.M32 P453 1994 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000252803 HF5429.6.M32 P453 1994 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order