Cover image for Kajian rekabentuk kapal selam tangki
Title:
Kajian rekabentuk kapal selam tangki
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 7680 ra
Abstract:
Kertas kerja ini cuba merumuskan kajian mengenai kesesuaian kapal selam tangki komersil yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik sejak akhir tahun 1950an. Ia meliputi aspek hidrodinamik, ekonomi, sosial, operasi serta masalah-masalah bersangkutan dengannya. Teknologi kapal selam tentera yang telah sampai ketahap yang mantap, boleh disesuaikan untuk pembinaan kapal selam tangki. Perbincangan juga dibuat mengenai had-had rekabentuk kesan dari kemudahan fizikal limbungan serta terminal kapal tangki yang sedia ada. Seterusnya penulis membuat penilaian rekabentuk salah satu daripada dimensi kapal selam tangki yang dipersetujui oleh ramai penyelidik mempunyai potensi komersil terbaik. Kapal selam tangki yang dicadangkan akan menggunakan kuasa dorongan nukl;ear. Penerimaan orang awam terhadap kapal berkuasa nuklear juga diambil kira. Oleh itu mereka harus diberi penerangan supaya dapat menerima peningkatan teknologi kuasa nuklear sebagai alternatif kepada petroleum dari segi kos. Untuk membolehkan kapal selam tangki bersaing dengan kapal permukaan, kos awal (pembinaan), kos operasi mesti dikurangkan. Ini dijangka dapat dilakukan secara berperingkat apabila teknologi pembinaannya berkembang selari dengan pengalaman operasi. Rekabentuk awal melibatkan lukisan pelan kapal selam yang dipilih, analisa hidrostatik dan kestabilan statik dan susunatur asas kemudiannya dibuat. Ini melibatkan perbincangan proses melukis pelan, ciri-ciri hidrostatik, kestabilan berdasarkan kriteria 1966 Load Line Rules dan konsep pembahagian/penyusunan tangki akibat dari kargo berlainan ketumpatan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001250764 VM365 .Z84 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order