Cover image for Satu tinjauan penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah menengah vokasional Sg. Petani 1 dan 2, Sg. Petani, Kedah
Title:
Satu tinjauan penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah menengah vokasional Sg. Petani 1 dan 2, Sg. Petani, Kedah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8779 ra
Abstract:
Tujuan kajian ini ialah meninjau penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 dan 2, Kedah. Aspek-aspek yang ditinjau ialah kekerapan penggunaan BBM, Sikap dan minat terhadap BBM, Kepentingan BBM dan pemasalahan penggunaan BBM. Satu set soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A; latar belakang responden, Bahagian B mengenai kekerapan penggunaan dan kemudahan BBM dan Bahagian C merupakan soalan bentuk likert yang bertanyakan tentang sikap, kepentingan dan pemasalahan penggunaan BBM telah diberikan kepada 60 orang guru di Sekolah Menengah Vokasional Daerah Sungai Petani 1 dan 2, Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Menengah Vokasional Sg. Petani 1 dan 2 amat kurang menggunakan bahan bantu mengajar berjenis elektronik seperti projektor slaid, filem, video dan TV. Bahan bantu mengajar yang digunakan terhad kepada jenis tertentu seperti papan kapur, alat sebenar, model dan carta. Tambahan pula kekerapan penggunaannya boleh dikatakan masih lagi ditahap yang minima. Kajian juga mendapati kemudahan peralatan dan perisian BBM terdapat dengan cukupnya di sekolah tetapi terdapat pelbagai masalah dari segi pentadbiran, beban tugas dan tidak berkemahiran menggunakan BBM. Majoriti responden berpendapat bahawa penggunaan BBM dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Responden juga mempunyai sikap dan minat yang positif terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dan menyedari kepentingan kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003749938 LB1044.88 T76 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order