Cover image for Penilaian kejayaan pembangunan estet industri di negeri Melaka
Title:
Penilaian kejayaan pembangunan estet industri di negeri Melaka
Personal Author:
Physical Description:
xiii, 186 p. : ill. ; 30 cm.
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4202 ra
Abstract:
Pembangunan industri, sebagai satu bahagian yang penting dalam pembangunan ekonomi secara keseluruhannya, telah dipilih sebagai strategi pembangunan yang utama untuk Negeri Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telah mengidentifikasikan sektor perindustrian sebagai suatu dorongan untuk meningkatkan ekonomi negeri Melaka iaitu dengan membantunya dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi nya dengan lebih baik. Kebanyakan daripada tanah yang terdapat di Negeri Melaka adalah di bawah pertanian pada masa ini, dan hanya terdapat sedikit pekerjaan bukan pertanian yang diwujudkan setiap tahun untuk mereka memasuki pasaran gunatenaga. Sejumlah tujuh buah estet industri telah ditubuhkan untuk menyediakan pekerjaan untuk penduduk yang semakin bertambah. Kajian ini cuba menilai kejayaan pembangunan estet industri sebagai satu strategi pembangunan industri di Negeri Melaka. Kajian ini mendapati bahawa penubuhan estet-estet industri adalah tidak begitu berjaya di dalam pencapaian polisi pembangunan industri Negeri Melaka. Ini adalah disebabkan oleh berbagai faktor-faktor ekonomi, sosial dan politik, terutamanya terhadap cara dan kaedah program pembangunan estet industri itu dilaksanakan. Akan tetapi jika dipandang secara kuantitatif, pembangunan estet industri telah memberi sumbangan yang besar terhadap pewujudan peluang-peluang pekerjaan untuk penganggur dan para migran, terutamanya di Daerah Melaka Tengah. Kajian ini juga mendapati bahawa pertumbuhan-pertumbuhan industri di Negeri Melaka adalah kebanyakannya merupakan industri sekil kecil yang terletak di luar estet industri. Industri sekil kecil ini mempunyai potensi untuk diintegrasikan ke dalam program pembangunan industri secara keseluruhannya, akan tetapi potensi ini belum dimajukan dengan sepenuhnya pada masa ini. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kurang perhatian yang diberikan kepada pemodenan dan pembangunan industri sekil kecil. Estet-estet industri di Negeri Melaka adalah direkabentuk untuk menarik industri sekil besar, dengan perhatian yang sedikit diberikan untuk mengintegrasikan industri-industri yang lebih kecil ke dalam estet industri. Untuk meperbaiki keadaan semasa, beberapa cadangan telah dibentukkan untuk meningkatkan pembangunan industri di Negeri Melaka. Beberapa objektif, polisi dan strategi pembangunan industri telah dicadangkan sebagai satu garispanduan untuk pembangunan industri di Negeri Melaka pada masa hadapan. Selain daripada itu, cadangan juga mengandungi pembangunan estet industri secara spatial dan juga pengintegrasian industri sekil kecil ke dalam program pembangunan estet industri pada masa hadapan. Oleh yang demikian, cadangan-cadangan yang telah dibentukkan haruslah dilaksanakan dan dikendalikan secara berkesan oleh pihak berkuasa negeri jika potensi yang terdapat pada estet industri sebagai satu alat untuk pembangunan industri dapat dipergunakan dengan sepenuhnya.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Project Paper (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001716 HD2356.M32 M49 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
35000000016461 HD2356.M32 M49 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002393266 HD2356.M32 M49 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order