Cover image for Analisis logam pencemar di dalam air dan hidupan marin pesisir pantai Johor : satu penilaian terhadap kualiti alam sekitar
Title:
Analisis logam pencemar di dalam air dan hidupan marin pesisir pantai Johor : satu penilaian terhadap kualiti alam sekitar
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
xv, 170 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8204 ra

Supervisor : PM. Dr. Alias Mohd. Yusoff
Abstract:
Suatu kajian terhadap penilaian pencemaran alam sekitar di persisiran pantai negeri Johor dibuat dengan menganalisis kandungan logam-logam pencemar yang mengumpul di dalam air persisiran pantai dan di dalam hidupan marin setempatnya. Sebanyak 38 stesen untuk persembahan bahan kajian ini dikenalpasti dan kerja-kerja persampelan dibuat dari semasa kesemasa untuk mendapatkan tren pencemaran logam yang mungkin wujud berdasarkan perbezaan pasang-surut, suhu, pH, halaju dan arah angin, musim, aktiviti persekitaran dan taburan kependudukan. Kaedah analisis dibuat berdasarkan prapemekatan logam olehresin penkelat Chelex-100 seterusnya dianalisis menggunakan Analisis PPengaktifan Neutron Instrumentasi (APNI) dan spektrofotometer serapan atom(SSA). Diantara logam pencemar yang dikaji adalah Pb,Zn,Cu,Cd,As,U,Th,Yb,Sb,Cr,Fe,V,Mn,Sm,Sc dan Co tetapi hanya beberapa logam sahaja yang diber itumpuan iaitu logam-logam yang berpotensi untuk menjadi pencemar utama iaitu Pb,Zn,Cu,Cd,As,U,Th dan Fe. Kecekapan kaedah yang digunakan juga telah ditentukan menggunakan bahan rujukan piawai. Didapati peratus perolehan semula logam berada dalam julat 87.78%-100%. Kebanyakan logam pencemar yang terdapat di persisiran pantai lebih cenderung untuk menumpuk di kawasan muara sungai, selat dan kawasan berteluk, manakala pencemaran keatas kehidupan marin lebih tertumpu di kawasan selat. Daripada hasil kajian, didapati logam Zn menjadi pencemar air yang utama manakala pencemaran hidupan marin lebih ketara oleh logam Fe. Aktiviti di persekitaran sesuatu stesen mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencorakkan tren pencemaran.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FS300000000443 QD132 I27 1993 Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002527772 QD132 I27 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002527780 QD132 I27 1993 raf Reference Book UTM Master Thesis (Open Shelves)
Searching...

On Order