Cover image for Cadangan keluasan ruang untuk sebuah gerai makanan di Medan Selera bangunan-bangunan perdagangan di Kuala Lumpur
Title:
Cadangan keluasan ruang untuk sebuah gerai makanan di Medan Selera bangunan-bangunan perdagangan di Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3257 ra
Abstract:
Gerai merupakan salah satu elemen perbandaran. Perkembangan sistem gerai dari satu kawasan perniagaan yang tidak teratur kepada satu kawasan perniagaan yang terancang dan mempunyai bangunan kekal, jelas menunujukkan penerimaan masyarakat terhadap konsep perniagaan gerai. Langkah ini juga merupakan dsatu usaha untuk menyelesaikan maslah perbandaran dan masalah penjaja. Perkembangan penggunaan konsep gerai menular sehingga kepada penggunaan konsep ini di bangunan-bangunan perdagangan seperti pusat membeli-belah dan bangunan pejabat yang tinggi. Walaubagaimanapun, perkembangan pesat yang berlaku terhadap sistem gerai menimbulkan berbagai masalah kepada penjaja. Masalah-masalah ini timbul kerana konsep perniagaan gerai yang asal iaitu perniagaan secara kesil-kecilan tidak digunakan lagi. Oleh yang demikian satu keseimbangan perlu dibuat diantara kepesatan perkembangan penggunaan konsep perniagaan gerai dengan perkembangannya dalam bidang kajian. Matlamat utama dalam kajian ini ialah memulakan satu kajian yang terperinci terhadap salah satu aspek dalam senibina yang menjadi masalah kepada sistem gerai di Medan Selera Bangunan-Bangunan Perdagangan. Dalam kajian topikal ini, bidang kajian ditumpukan kepada keperluan keluasan ruang sebuah gerai di Medan Selera Bangunan-bangunan Perdagangan. Cadangan keluasan ruang dalam kajian ini berdasarkan kepada kajian terhadap beberapa kawasan gerai makanan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Kaedah kajian yang digunakan ialah teknik pemerhatian, temuramah dan pengukuran terhadap kajian kes. Kajian dokumentasi dari 'antropometric data' juga dibuat sebagai kajian tambahan kepada kajian kes untuk membentukan cadangan keluasan ruang sebuah gerai. Secara keseluruhan kaedah kajian dapat ditunjukkan seperti dalam gambarajah di bawah. "Rumusan Kajian Kes di Tapak + Rumusan Kajian Dikumentasi = Cadangan Keluasan Ruang". Proses kajian secara amnya mengikut methodologi kajian yang telah dibentuk dalam peringkat awal kajian. Methodologi kajian dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:- (i) Bahagian Pertama, Kajian Awalan - merupakan bahagian penentuan masalah awal yang merangkumi kajian-kajian terhadap bahan dokumentasi yang berkaitan dengan subjek kajian dan kaedah-kaedah kajian. (ii) Bahagian Kedua, Kajian Kes - merangkumi kerja-kerja di tapak kajian berdasarkan kepada kajian awal yang telah dibuat. Seterusnya kerja-kerja analisa maklumat dibuat sebelum membuat rumusan kajian dan cadangan. Kajian dokumentasi terhadap 'antropometric data' juga dibuat dalam peringkat ini. (iii) Bahagian Ketiga, Kajian Akhir - selepas penganalisaan maklumat-maklumat dari kajiaan kes dan kajian dokumentasi, rumusan kajian merupakan cadangan keluasan ruang untuk sebuah gerai makanan berdasarkan kepada kombinasi maklumat dari kajian kes dan kajian dokumentasi.
DSP_DISSERTATION:
Kajian topikal (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003843 NA7855 I84 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002465577 NA7855 I84 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order