Cover image for Kajian pembangunan kawasan perindustrian : Kajian kes - Tanjung Agas, Johor
Title:
Kajian pembangunan kawasan perindustrian : Kajian kes - Tanjung Agas, Johor
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5033 ra
Abstract:
Penubuhan kawasan industri Tanjung Agas, Muar merupakan salah satu alternatif dalam usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan memajukan industri bersekil kecil disamping menambahkan peluang-peluang pekerjaan daerah sesuai dengan dasar Rancangan Malaysia Ketiga (halaman 3177. Kawasan industri yang dimajukan oleh PKENJ dan mula beroperasi sejak 1974 ini telah diistiharkan sebagai 'kawasan pembangunan' oleh Kerajaan Negeri. Melalui kajian ini, peringkat-peringkat pembangunannya didapati lembab dimana industri yang melabur adalah kurang, jumlah penawaran tenaga kerja yang gagal mencapai matlamat disamping peringkat-peringkat pembangunannya 'dibawah jadual' yang ditetapkan oleh PKENJ. Dalam usaha untuk mencapai matlamat perancangan untuk mengujudkan perkembangan pembangunan yang pesat, strategi pembangunan yang menyeluruh telah dipileh bagi mengatasi masaalah-masaalah pembangunan yang berkait rapat dengan bekalan infrastruktur yang kurang, penawaran pelaburan dan tenaga kerja yang terhad, ketidaktetapan penawaran buroh disamping pembangunan lainnya. Cadangan bagi menjayakan strategi pembangunan ini diberi penekanan dalam penyediaan program fizikal diperingkat awal. Program galakan pelaburan dan program galakan khas disediakan untuk menarik lebih banyak industriindustri 'labour intensive' dan industri 'agro-based' yang berbentuk memproses bahan-bahan tempatan. Melalui penubuhan Bahagian Penyelarasan dan Pelaburan dibawah PKENJ, koordinasi antara ajensi-ajensi yang terlibat seperti MIDA, MIDF, MIEL dan pengusaha-pengusaha industri dapat diujudkan bagi mendapatkan satu sistem pengurusan yang cekap dan effisen kearah memperkembangkan KPTA setanding dengan kawasan-kawasan perindustrian yang lain-lain dinegeri Johor.
DSP_DISSERTATION:
Kajian (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi malaysia, 1979

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003393 HT169.M32 M83 1979 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003700 HT169.M32 M83 1979 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002438533 HT169.M32 M83 1979 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order