Cover image for Kawalan pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian kes : Kawasan Tengah
Title:
Kawalan pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian kes : Kawasan Tengah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3569 ra
Abstract:
Perancangan yang teratur akan dapat dicapai melalui Sistem Kalan yang berkesan. Kawalan adalah merupakan jentera utama yang memandu setiap keputusan dan cadangan pembangunan. Bagi pembangunan di Kuala Lumpur (khususnya Kawasan Tengah), kawalan merupakan tanggungjawab Dewan Bandaraya. Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, Dewan Bandaraya telah menyediakan Pelan Pembangunan lengkap No. 1039 untuk Kawasan Tengah. Pelan tersebut disediakan secara terpisah (piecemeal) iaitu tanpa pembentukan polisi-polisi pembangunan di peringkat atas. Terdapat dua kelemahan utama sistem kawalan masakini. Pertama tidak adanya kawalan ke atas perlaksanaan pembangunan semula bangunan-bangunan rumah kedai. Ini menyebabkan ujudnya masalah pembangunan yang tidak "regular" yang seterusnya menghasilkan masalah-masalah pembangunan yang lain. Kedua, tidak adanya panduan-panduan pembangunan untuk pembangunan komprehensif, menyebabkan ujudnya pembangunan "high-rise". Tanpa kawalan yang berkesan, pembangunan ini akan mengujudkan masalah-masalah seperti kesesakan lalulintas, dan "townscape" bandar yang tidak seimbang. Selain daripada itu, sistem kawalan yang terlalu bergantung kepada peruntukan fizikal pelan pembangunan lengkap menyebabkan ianya lebih berupa tatacara pentadbiran yang negatif. Masalah ini akan dapat diselesaikan dengan adanya konsep perancangan yang baru. Konsep ini memperkenalkan pelan pembangunan yang terdiri daripada pelan struktur dan pelan tempatan. Pelan yang berbentuk polisi diperingkat atas dan diterjemahkan di peringkat tempat ini, lebih "flexible". Ini memberi peluang kepada sistem kawalan Dewan Bandaraya supaya dapat berfungsi dengan lebih positif dan dinamik. Pelan tersebut bersama-sama dengan panduan-panduan pembangunan yang lengkap (development briefs dan design briefs) akan dapat membantu Dewan Bandaraya dalam mengawal pembangunan di Kuala Lumpur (khususnya Kawasan Tengah). Panduan-panduan pembangunan yang lengkap akan dapat memandu pemaju-pemaju dalam merekabentukkan pembangunan mereka. Ini bertujuan untuk menghapuskan masalah pembangunan ke tingakt yang minima dan mengujudkan satu alam sekitar yang menarik.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003736 HT169.M32 K8237 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002165110 HT169.M32 K8237 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order