Cover image for Penilaian terhadap cadangan pembangunan pusat bandar baru di Selat Kelang Utara
Title:
Penilaian terhadap cadangan pembangunan pusat bandar baru di Selat Kelang Utara
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4320 ra
Abstract:
Pembangunan bandar-bandar baru telah banyak dijalankan di negara ini dengan mempunyai berbagai-bagai tujuan. Namun begitu sebahagian daripada bandar-bandar ini mengalami masalah untuk membangun yang berpunca daripada masalah perancangan dan masalah perlaksanaan. Masalah ini mungkin wujud disebabkan oleh pilihan lokasi yang kurang sesuai, masalah persaingan dengan pusat-pusat sedia ada dan masalah kekurangan penduduk untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Masalah ketiadaan koordinasi dikalangan pihak-pihak yang terlibat boleh juga membawa kepada kegagalan perkembangan pusat bandar ini. Pembangunan pusat bandar baru ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan baru diSelat Kelang Utara yang merangkumi pembangunan industri, perumahan, pusat bandar dan kawasan rekreasi tepi laut. Pusat bandar baru ini dicadangkan untuk menjadi sebagai pusat perniagaan yang mempunyai taraf perkhidmatan yang tinggi disamping berfungsi sebagai pusat rekreasi wilayah. Fungsi sesuatu pusat bandar itu haruslah sesuai dari segi perletakan dan saiz tapak. Dengan ini dirasakan cadangan pihak Kerajaan untuk menjadikan tapak ini sebagai pusat perniagaan dan pusat rekreasi wilayah tidak sesuai. Ini berdasarkan kepada konstrain dari segi letakan tapak, taburan penduduk dan perkaitannya dengan pusat-pusat bandar di sekitar. Oleh kerana ketidaksesuaian cadangan ini, sebagai alternatif pembangunan pusat bandar ini dicadangkan untuk berfungsi hanya di peringkat tempatan untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di Selat Kelang Utara sahaja. Dengan ini penyediaan jenis kemudahan dapat disesuaikan dengan fungsi dan tingkat keupayaan ekonomi pengguna-pengguna dipusat bandar ini. Oleh itu diharapkan dengan cara ini pusat bandar ini dapat berfungsi dan berkembang untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003381 HT169.M32 K4514 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003165 HT169.M32 K4514 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002418758 HT169.M32 K4514 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order