Cover image for Perancangan dan pembangunan bandar baru Subang Jaya
Title:
Perancangan dan pembangunan bandar baru Subang Jaya
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3196 ra
Abstract:
Selagi penduduk-penduduk dari luar bandar berterusan berhijrah ke bandar, masalah perbandaran tidak dapat dielakkan. Masalah yang dihadapi oleh bandaraya Kuala Lumpur sendiri iaitu kekurangan rumah-rumah kediaman terutamanya bagi mereka dari golongan ang berpendapatan rendah adalah jelas dengan taburan setinggan-setinggan di merata bandaraya tersebut. Akibat dari itu tidaklah hairan apabila timbulnya sekim-sekim perumahan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan-kawasan sekeliling Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan perumahan yang semakin meningkat. Bandar baru Subang Jaya adalah salah sebuah daripadanya. Disamping itu Subang Jaya juga ditubuhkan untuk mengalih pandangan para pedagang dari bertumpu ke Kuala Lumpur. Ini akan tercapai sekiranya objektif penubuhan Subang Jaya sebagai sebuah 'self-contained town' dapat dilaksanakan. Dengan itu kesesakan dibandaraya Kuala Lumpur akan berkurangan. Bandar Subang Jaya telah dirancang dengan penuh teliti dimana segala perkhidmatan dan kemudahan asas adalah disediakan. Gunatanah-gunatanah yang diperuntukkan adalah diletakkan bersesuaian antara satu sama lain. Ciri-ciri perancangan moden juga telah dikemukakan oleh ahli-ahli perancang. Walaupun begitu, fungsi bandar tersebut dalam penyediaan rumah-rumah kediaman adalah lebih terhadap mereka dari golongan yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Buat masa ini hanya rumah-rumah pangsa kos rendah sahaja yang disediakan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Walaupun terdapat satu kawasan yang diperuntukkan bagi rumah-rumah kos rendah, ianya masih belum dibangunkan sehingga sekarang dan peruntukannya hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan bandar tersebut. Ini adalah kerana Subang Jaya dibangunkan oleh pihak pemaju dari sektor swasta dimana keuntungan lebih dipentingkan. Oleh itu dari segi konsep perancangannya Subang Jaya boleh dijadikan sebagai contoh bagi bandar-bandar baru yang bakal didirikan, tetapi dari segi membantu kerajaan dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, sumbangannya sangatlah sedikit. Adalah diharapkan dimasa-masa hadapan kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada bandar-bandar baru yang dimajukan oleh pemaju swasta mungkin dengan mengenakan syarat-syarat yang tertentu bagi mengelakkan masalah-masalah sedemikian.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006945 HT169.M32 S92 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002412876 HT169.M32 S92 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order