Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Strategi mempercepatkan pembangunan bandar baru Shah Alam
Title:
Strategi mempercepatkan pembangunan bandar baru Shah Alam
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5009 ra
Abstract:
Pengujudan bandar baru di negara ini lebih berorientasikan kepada konsep 'British New Towns'. Pengujudan ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sesuatu wilayah. Dengan ujudnya bandar baru ini, masalah-masalah yang dihadapi oleh bandar-bandar besar (cities) seperti pertumbuhan yang padat, kesesakan dan kekurangan kemudahan asas dapat dikurangkan. Begitu juga ia bertujuan menaburkan bandar bagi mengimbangkan sektor ekonomi dalam sesuatu wilayah itu dengan mempergunakan sepenuhnya sumber jaya yang ada dan membekalkan infrastruktur untuk faedah penghuninya. Bagi negara ini, tujuan ini ditambah lagi dengan membuka peluang kepada bumiputra untuk menyertai sektor perbandaran dan bagi mengelakkan pengenalan kaum melalui sektor ekonomi. Bandar baru Shah Alam telah dipilih sebagai kawasan kajian untuk melihat hakikat ini. Bandar baru ini merangkumi kawasan seluas 7,616 ekar dan dianggarkan dapat menampong penduduk seramai 200,000 orang pada tahun 1990. Setelah selesai pembinaannya kelak, bandar baru ini dirancangkan akan berperanan sebagai ibu negeri kerajaan Negeri Selangor, bandar perusahaan dan tempat kediaman. Pengujudan bandar baru ini adalah hasil dari perancangan wilayah Lembah Kelang yang telah diterima oleh kerajaan pada tahun 1973. Corak pembangunannya diselaraskan dengan konsep lima bandar iaitu 'Kuala Lumpur conurbation', Kelang, Shah Alam, "Bandar Langat" dan Rawang. Bagi membolehkan perimbangan bandar-bandar dalam wilayah ini, urutan pembangunan telah dikemukakan dalam perancangan wilayah Lembah Kelang itu. Urutan pembangunan itu adalah dengan mengawal (melambatkan) pertumbuhan 'Kuala Lumpur conurbation' dan Kelang disamping mempercepatkan pertumbuhan bandar-bandar baru. Sehingga kini perancangan bandar baru itu tidak dapat membangun seperti yang diharapkan dalam rancangan pembangunan lima tahunnya. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor yang saling berkaitan iaitu sukar untuk mendapatkan penduduk dan kelewatan pembangunan fisikal. Sehingga tahun 1978, jumlah penduduk hanya 17,675 orang berbanding dengan 60,000 orang seperti yang dijangkakan. Begitu juga terdapat 'backlog' sebanyak 9,487 unit rumah. Untuk menyelesaikan masalah di atas, satu jalan penyelesaian telah dicari. Jalan penyelesaian itu adalah berorientasikan kepada matlamatnya iaitu untuk mempercepatkan pembangunan Shah Alam bersesuaian dengan strategi pembangunan bandar wilayah Lembah Kelang. Perlaksanaan perancangan yang tidak menurut strategi perancangan yang telah ditetapkan, telah menyebabkan kegagalan kepada rancangan bandar baru ini. Kegagalan dan kelewatan menubuhkan organisasi 'Planning and Coordinating Organisation for the Development of the Kelang Valley' seperti yang dicadangkan telah menyebabkan penyelarasan dan pengawalan projek-projek pembangunan dalam wilayah ini tidak dapat diimplementasikan mengikut target yang dirancangkan. Pertumbuhan sekim-sekim perumahan pada bandar-bandar besar telah dapat menyaingi pertumbuhan sekim-sekim perumahan pada bandar baru ini. Begitu juga dengan perancangan bandar baru ini dilaksanakan tanpa berasaskan sesuatu garis panduan seperti pelan struktur atau pelan induk. Akibatnya pertumbuhan dan pembangunan bandar baru terbantut dan sebaliknya menggalakkan dan mempercepatkan pembangunan bandar yang sedia ujud di wilayah ini terutamanya 'Kuala Lumpur conurbation'. Keadaan ini adalah bertentangan dengan urutan pembangunan wilayah Lembah Kelang. Oleh kerana ketiadaan pelan induk, maka fasa pembangunan dilaksanakan mengikut keperluan semasa sahaja. Seterusnya pihak perbadanan yang bertanggungjawab (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Shah Alam) tidak mempunyai keupayaan yang cukup bagi melaksana dan mengawal projek-projek pembangunan bandar baru ini seperti yang dirancangkan. Keupayaan itu meliputi faktor-faktor pengeluaran seperti modal, pengusaha terutamanya kakitangan yang berpengalaman dan sumber jaya. Keadaan ini menyebabkan sektor perindustrian yang diusahakan oleh sektor swasta dapat berjalan lebih cepat dari sektor perumahan yang kebanyakannya diusahakan oleh pihak perbadanan. Dengan demikian bilangan rumah yang dapat disediakan tidak dapat menampong permintaan dari orang ramai. Keadaan ini ditambah lagi dengan kelewatan pihak kerajaan sendiri dalam menempatkan institusi-institusinya sebagai pusat pentadbiran negeri yang dapat berfungsi sebagai 'catalyst' pada bandar baru ini. Daya tarikan ini adalah perlu bagi menentu dan menggalakkan penduduk mendiami bandar baru ini. Oleh itu sejumlah penduduk tertentu seperti yang dirancangkan tidak dapat diujudkan pada bandar baru ini. Apabila sejumlah penduduk tertentu tidak diperolehi maka terjadilah masalah-masalah lain: (1) kelewatan kepada projek-projek pembangunan lain seperti perdagangan, kemudahan awam dan infrastruktur, (2) kurangnya jumlah pendapatan hasil dari cukai perbandaran, dan (3) menambahkan masalah kepada bandar besar akibat dari faktor penariknya yang kuat. Situasi di atas meletakkan bandar baru ini kepada perlunya sesuatu strategi yang menyeluruh bagi mempercepatkan pembangunannya sesuai dengan strategi pembangunan bandar yang diutarakan dalam perancangan Lembah Kelang itu. Cadangan pembangunan wilayah dan tempatan telah dirumuskan untuk tujuan ini. Cadangan pembangunan wilayah merupakan pembaikan kepada perancangan pembangunan wilayah yang dikemukakan oleh 'Klang Valley Regional Planning and Development Study'. Manakala cadangan pembangunan tempatan adalah berasaskan kepada dua alternatif strategi. Alternatif cadangan pertama menggunakan pendekatan kos minima supaya faktor-faktor pengeluaran yang ada pada perbadanan yang bertanggungjawab dapat dipergunakan dengan baik terhadap pembangunan keseluruhannya. Alternatif ini mementingkan kepada usaha-usaha untuk mendapatkan sejumlah penduduk sahaja seperti yang telah dikemukakan dalam rancangan pembangunan lima tahunnya. Alternatif kedua adalah merupakan perantaraan antara alternatif pertama dengan pembaikan kepada pembangunan yang sedia ujud. Alternatif ini akan meminimakan kos perbadanan tetapi tidak sehingga mengorbankan faedah-faedah sampingan lain, terutama untuk mencapai objektif penubuhan bandar baru ini. Pendekatan ini mementingkan pengiktegrasian pembangunan pada bandar baru ini. Kedua-dua objektif ini dinilai kekesanannya didalam memenuhi objektif-objektif kajian dan objektif-objektif penubuhan bandar baru itu sendiri. Didapati alternatif cadangan kedua lebih sesuai dan ianya dipilih sebagai cadangan mempercepatkan pembangunan Shah Alam.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002765 HT169.M32 S5313 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002412850 HT169.M32 S5313 1980 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page