Cover image for Sistem maklumat sekolah
Title:
Sistem maklumat sekolah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1797 ra
Abstract:
Pendidikan komputer akan dijadikan mata pelajaran tetap bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah diseluruh negara mulai tahun 1988. Pengenalan mata pelajaran baru ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaiki dan memperkemaskan sistem pelajaran menengah menerusi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Tujuan memperkenalkan mata pelajaran komputer di sekolah menengah adalah untuk membekalkan pengetahuan asas mengenai komputer dan penggunaannya kepada semua pelajar supaya mereka sedar mengenai kemampuan komputer dan tanggungjawabnya dalam membantu urusan hidup manusia. Pada masa ini banyak kelab-kelab komputer telah pun ditubuhkan di kebanyakan sekolah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli mengenali dan menggunakan komputer secara praktikal. Walau bagaimanapun sehingga kini, didapati kebanyak para pelajar sekolah adalah lebih cenderung kepada bentuk permainan komputer (computer games) daripada mempelajari bahasa komputer itu sendiri. Jika ditinjau dari segi jangka panjang, tentulah bentuk permainan ini tidak mendatangkan banyak faedah kepada pelajar itu sendiri kerana skop penggunaan komputer tidaklah terhad kepada bentuk permainan ini sahaja, tetapi kegunaannya meliputi aspek yang lebih luas dalam kehidupan kita. Bagaimana pun segala kelemahan ini tidaklah boleh diletakkan keatas bahu pelajar semata-mata, sebaliknya pihak sekolah perlulah menyediakan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih bagi membimbing mereka mendapatkan latarbelakang pendidikan komputer secara formal. Selain daripada itu, dengan memandang kepada skop yang lebih luas lagi, tujuan komputer dihantar ke sekolah ialah bagi membolehkan mana-mana sistem manual seperti Sistem Perekodan dan Sistem Fail dibuat secara berkomputer supaya pihak sekolah mempunyai satu sistem penyimpanan maklumat yang tersusun dan terkemaskini bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran sekolah. Sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran tersebut, maka di sini saya mengambil kesempatan dengan mengkaji dan melaksanakan mana-mana bahagian sistem manual yang difikirkan sesuai dilaksanakan secara berkomputer. Akhir sekali saya berharap semoga kajian dan perlaksanaan Sistem Maklumat Sekolah secara berkomputer ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat, terutama sekali kepada pihak pengurusan sekolah.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004099 LB1028.46 T35 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-118822 LB1028.46 T35 1986 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order