Cover image for Bandar Pusat Jengka : prestasi dan masalah
Title:
Bandar Pusat Jengka : prestasi dan masalah
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1980
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3703 ra
Abstract:
Bandar Pusat Jengka di cadangkan sabagai pusat perbandaran, pentadbiran dan perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian kapada wilayah Jengka Tigasegi. Wilayah Jengka Tigasegi pula mengjalankan usaha-usaha pertanian dan mempunyai fungsi untuk membantu pembangunan Bandar Pusat. Pembangunan Bandar Pusat dicadangkan dalam tempoh 12 tahun (I97I - I982), dengan Perbadanan Kemajuan Jengka (PKJ), sebagai badan yang bertanggung-jawab kaatas pembangunan ini. Sehingga sekarang Bandar Pusat hanya mencapai 10% daripada pembangunannya dengan I2% daripada jumlah penduduk yang telah di cadangkan iaitu 50,000 orang. Pembayaran ini sangat perlahan berbanding dengan pembangunan yang di alami olih sektor pertanian di wilayah Jengka.Kelambatan ini berpunca daripada masalah yang di hadapi olih PKJ dan masaalah kurangnya penduduk yang ingin berpindah ka Bandar Pusat. Kurangnya minat penduduk untuk ka Bandar Pusat ini disebabkan masalah-masalah kurang peluang pekerjaan, kurang kemudahan sosial,masalah perancangan dan perlaksanaan, dan masalah persaingan dengan bandar-bandar Temerloh/Mentakab, Jerantut, Maran dan terutamanya Pekan Tong Kiat. Maasalah-masaalah lni mestilah di atasi dengan baik bagi memastikan pembangunan yang lebeh baik di Bandar pusat. Cadangan-cadangan di buat dalam dua bentuk, iaitu cadangan am dan cadangan khusus. Di dalam cadangan am, telah di cadangkan pembentukan strategi pembangunan wilayah bagi memastikan pembangunan yang seimbang antara Bndar Pusat dengan bandar-bandar sekitarnya, dan untuk memastikan aktibiti-aktibiti yang menjadi asas pembangunan bandar-bandar ini. Seterusnya di cadangkan kenaikan taraf PKJ kapada sabuah Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. PKJ akan mempunyai punca kewangan yang lebih stabil bagi menjanlankan projek-projek pembangunan di Bandar Pusat. Cadangan khusus pula adalah khas untuk Bandar Pusat, iaitu cadangan dari aspek asas ekonomi bandar, kemudahan sosial, dan infrastruktur. Asas ekonomi yang di cadangkan ialah dari dua sektor iaitu Basic (perindustrian) dan Non-Basic (perkhidmatan), berserta dengan insentif bagi menarik industri-industri kasini. Jumlah penduduk Bandar pusat di cadangkan saramai 20,000 orang dalam tahun 1990, dan kebanyakan daripadanya terdiri dari lebehan penduduk di sekim -sekim pertanian Felda Jengka. Kemudahan-kemudahan sosial saperti perniagaan, sekolah, rekreasi, perumahan dan pengangkutan awam di cadangkan penyediaannya di Bandar Pusat aupaya ia dapat berfungsi sabagai pusat perkhidmatan kapada wilayah Jengka Tigasegi keseluruhannya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003834 HT169.M32 J46 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002817 HT169.M32 J46 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002409526 HT169.M32 J46 1980 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order