Cover image for Perancangan kampong-kampong dalam mukim Beserah
Title:
Perancangan kampong-kampong dalam mukim Beserah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3561 ra
Abstract:
Perkembangan sesebuah bandar yang pesat membangun akan melibatkan kawasan sekitar atau sekelilingnya. Perkembangan pembangunan sesebuah bandar ke kawasan sekitarnya adalah untuk memenuhi keperluan kepada ruang pembangunan bandar seperti kawasan perumahan penduduk bandar, institusi, industri, rekreasi dan lain-lain pembangunan. Kawasan yang akan turut terlibat oleh proses tersebut termasuklah kawasan kampong-kampong tradisi. Kampong-kampong tersebut sebagaimana lain-lain kawasan berhampiran atau di dalam kawasannya akan menerima kesan positif dan juga negatif dari pembangunan bandar. Kesan-kesan positif yang dimaksudkan ialah seperti kemudahan perbandaran dapat diagihkan ke kawasan ini dan lebih terbuka kepada pembangunan perbandaran. Manakala kesan-kesan negatifnya pula ialah seperti masalah kawasan kampong yang usang, struktur pembangunan yang tidak teratur, masalah sosial dan juga ekonomi. Umumnya masalah-masalah yang dinyatakan di atas timbul disebabkan kawasan sekitarnya seperti kampong-kampong yang menerima tekanan pembangunan bandar. Tekanan tersebut menyebabkan kawasan kampong yang berhampiran turut membangun kearah perbandaran, sedangkan kebiasaannya pembangunan bandar jarang diintegrasikan dengan pembangunan kampong. Walaupun terdapat perancangan pembangunan bandar yang turut meliputi kawasan kampong-kampong berhampirannya, ianya tidak menyeluruh. Perancangan terhadap kampong tersebut adalah tidak menyeluruh seperti di bandar dari segi menentukan struktur pembangunan, susunan, pengawalan dan juga dari aspek ekonomi dan sosial. Masalah dan keadaan pembangunan seperti mana yang dinyatakan di atas tidak seharusnya dibiarkan. Ini adalah kerana kawasan kampong yang berhampiran atau di dalam kawasan bandar adalah kawasan penempatan penduduk. Tambahan pula kawasan seperti ini berfungsi kepada pembangunan bandar seperti untuk kawasan perumahan penduduk bandar. Pembangunannya perlu dirancang pembangunannya, bukan sahaja kepada aspek fizikal, tetapi juga merangkumi aspek ekonomi dan sosial. Dalam usaha untuk merancang pembangunan masa depan, program-program semasa bagi kampong-kampong tersebut adalah diperlukan untuk memulihkan masalah-masalah yang telah sedia ujud. Perancangan dan program ini akan dapat mengujudkan keseimbangan pembangunan dari segi geografi dan mengintegrasikan pembangunan ke kawasan sekitarnya. Dengan itu kajian ini akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan kampong-kampong yang berhampiran atau di dalam kawasan bandar dalam usaha untuk merancang pembangunannya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003420 HT431.N67 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002685 HT431.N67 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002387110 HT431.N67 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order