Cover image for Merekabentuk sebuah institut persendirian untuk pendidikan dan lapur diri dalam konteks strategi 'sedar-tenaga'
Title:
Merekabentuk sebuah institut persendirian untuk pendidikan dan lapur diri dalam konteks strategi 'sedar-tenaga'
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1724 ra
Abstract:
Yang Berhormat Tun Hussein Onn, dalam satu lapurannya selaku Pengerusi PETRONAS (NST 13.12.85) mengatakan bahawa bekalan minyak simpanan Malaysia akan habis kurang dua puluh tahundari sekarang sekiranya simpanan baru tidak dijumpai. Semasa zaman kemuncak krisis tenaga tahun 70'an, Simon Van der Ryn, seorang akitek negara Amerika memberi amaran bahawa dunia ini tidak akan mempunyai tenaga fosil untuk memanas, menyejuk atau menyala bangunan yang sedia ada secara ekonomi pada akhir abad ini. Dewasa ini pula, harga minyak sedang jatuh dari paras rekod sebanyak US30/- (pertengahan 70'an) satu tong sehingga US$15/- satu tong (Mac 1986). Walaupun kini terasa 'kelagaan', kita harus sedar bahawa zaman tenaga murah telah berlepas. Kejatuhan harga minyak sebenarnya merupakan kesan persaingan antara negara-negara pengeluar dan bukannya sebab terjumpa simpanan-simpanan baru! (Paras harga minyak sekarang masih adalah lebih kurang dua ratus lima puluh peratus lebih tinggi daripada paras harga sebelum had ekspot minyak yang dipraktikkan oleh para pengeluar). Walau tiada terdapat statistik tempatan tentang jumlah kos tenaga (berbanding dengan penggunaan negara) yang digunakan dalam pembinaan, pengubahsuaian atau pengendalian sebuah bangunan, suatu kajian yang dijalankan oleh 'Universiti of Illinois of Advanced Computation"' USA memberi angka antara tiga puluh tiga peratus hingga empat puluh peratus bergantung kepada jenis bangunan. Jelas bahawa, perhatian sewajarnya perlu diberi terhadap hubungan penggunaan tenaga dengan industri pembangunan. Hampir segala aspek pembinaan bangunan mempunyai pertalian dengan tenaga : dari penetapan keputusan, pembinaan sebenar sehingga pengendalian bangunan. Thesis Senireka. Cadangan institut persendirian jenis pendidikan dan lipurdiri, sebuah projek benar oleh seorang pemaju, memberi peluang bagi pengarang untuk melanjutkan kajiannya tentang strategi-strategi 'sedar-tenaga' iklim teropika. Dalam kajian topikal beliau, "Kajian Rekabentuk Solar Pasif dan Pendekatan Baru Bagi Bangunan Pejabat Berhawa Dingin Dalam Iklim Tropika Panas Lembab." Dua strategi 'sedar-tenaga' yang amat berpengaruh iaitu 'pencahayaan sinarsiang' dan "cross-ventilation" telah dikenali dan dianggap sesuai untuk rekabentuk institut persendirian yang dicadangkan. Demi untuk mengisahkan konsep-konsep rekabentuk tertentu berdasarkan strategi yang dinyatakan di atas, ujikaji telah dijalankan untuk mengkaji sifat-sifat pergerakan angin diluar dan didalam bangunan. Cadangan rekabentuk terakhir pengarang sebenarnya bukan bertujuan menjadi prototaip yang harus dipergunakan untuk sebarabg jenis bagunan atau tapak yang dipertimbangkan. Setiap jenis bangunan dan/atau tapak adalah unik dan mesti diambil-kerja mengikut setiap kes. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memahami dan seterusnya mengeksploitasikan sejauh mungkin potensi-potensi tapak dalam konteks strategi-strategi 'sedar-tenaga'.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002835 NA2542.3 C54 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order