Cover image for Penyelakuan model kawalan suap depan bagi proses penyulingan
Title:
Penyelakuan model kawalan suap depan bagi proses penyulingan
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7679 ra
Abstract:
Dalam projek penyelidikan ini, usaha telah dibuat dengan melakukan ujikaji penyulingan keatas campuran binari metanol dan air untuk mengkaji perhubungan parameter-parameter dalam proses penyulingan. Berdasarkan kaitan antara perubahan-perubahan pada parameter yang dipilih, satu model ujikaji telah diterbitkan dan dibanding dengan model teori. Ianya merupakan model matematik penyelakuan kawalan suap depan yang diterbitkan secara 'short-cut'. Ketepatan model penyelakuan teori diuji berpandukan keputusan model ujikaji. Bidang kerja dan objektif ujikaji dinyatakan dan konsep kawalan suap depan serta pendekatan yang digunakan dihuraikan. Kriteria-kriteria pemilihan sistem binari yang sesuai berdasarkan ciri-cirinya turut dikemukankan.Turut disampaikan adalah methodologi ujikaji yang merangkumi persediaan ujikaji hingga analisa keputusan hasil.Semua keputusan dijadualkan serta digambarkan menerusi satu siri graf. Permerhatian dan perbincangan terhadap keputusan dan perbandingan antara model penyelakuan dan ujikaji dihuraikan di bawah perbincangan. Tidak ketinggaln juga dalam laporan ini disarankan strategi kawalan suap depan dan belakang secara serentak yang lebih berkesan dalam kawalan produk hasilan. Secara keseluruhan,berdasarkan analisa yang dibuat didapati model penyelakuan hanya mempunyai sisihan 6.38 % dari ujikaji. Dengan terbuktinya ketepatan model penyelakuan, kumpulan data-data (Data Acquisition) boleh digunakan dalam pengawalan otomatik turus penyulingan pada masa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084148 TP156.D5 P65 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order