Cover image for Vandalism (satu kajian kes pada bentuk fizikal 'street furniture' dan exterior facade' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Title:
Vandalism (satu kajian kes pada bentuk fizikal 'street furniture' dan exterior facade' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1983
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3958 ra
Abstract:
Vandalism adalah salah satu daripada masalah umum dan kesannya terhadap harta benda dan juga kemalangan jiwa adalah sangat besar. Secara kasar sekiranya dibanding dengan keadadan vandalism di negara-negara Eropah dan Amerika, di Malaysia keadaannya adalah tidak begitu teruk. Sebagai contoh :- ' I fully support any act of vandalism, etc., without qualification, and without providing excuses for the people who do it. We do a disservice by turning 'hooligans' into a pure reflex of capitalism, their degree of viciousness depending upon current wage restriction......'. Dan di Malaysia belum ada lagi satu badan atau kumpulan yang benar-benar untuk tampil kehadapan dan menyetujui perlakuan vandalism, seperti yang dinyatakan oleh kumpulan tersebut di England. Ini mungkin keadaan sosial di Malaysia masih boleh di kawal. Walau bagaimanapun jika ianya tidak dibendung dari sekarang penyakit ini akan menular kedalam masyarakat seperti 'cancer' (barah). Skop kajian tentang masalah vandalism adalah sangat luas dan ianya boleh dikaji dari berbagai-bagai aspek, diantaranya ialah dari aspek sosial, phychological, politik, senibina dan juga dari bidang-bidang kepakaran yang lain. Untuk masa ini belum lagi terdapat sebarang tindakan yang konkrit dan berkesan dilakukan di Malaysia dalam kajian pembentrasan vandalism, hingga setakat ini apa yang ada hanyalah polisi dan juga kata-kata oleh pihak tertentu, tetapi telah tidak di kuatkuasakan dengan sempurna. Sedangkan masalah yang dihadapi ialah satu kenyataan dan memerlukan kajian yang lebih teliti dan menyeluruh, yang mana tanggungjawab untuk mengatasinya terletak di bahu berbagai-bagai progression, juga dari berbagai-bagai peringkat masyarakat. Walaupun telah ada kajian tentang vandalism yang berbentuk tempatan, tetapi ianya belumlah boleh dikatakan lengkap sama ada dari jenis masalahnya ataupun dari data-data yang diperolehinya. Diantara kajian yang telah dilakukan ialah oleh En. A. Wahab bin Ali, untuk vandalism di rumah-rumah pangsa, atau yang ada kaitan dengan vandalism seperti oleh En. Hassan Ali dalam Pembangunan Bandar dan Urbanisasi Bawa Masalah, dan beberapa pengkaji lain seperti En. Arif Gorita dan En. M. Enoch Markum. Dari kajian mereka ini, mereka lebih menekankan tentang perlakuan vandalism di kawasan-kawasan perumahan, sedangkan di kawasan-kawasan lain seperti kawasan perindustrian, pusat-pusat bandar kemungkinan perlakuan vandalism itu ada. Cuma apa yang berbeza ialah bentuknya dan darjah perlakuannya. Dengan itu adalah diharapkan dengan adanya kajian vandalism seperti yang dicadangkan ini akan bertambah lagi maklumt mengenai masalah vandalism tempatan, dan diharapkan dapat dijadikan sebagai data-data mentah untuk mengatasi vandalism.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003487 NA2543.V2 B47 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003204 NA2543.V2 B47 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order