Cover image for Perancangan penggunaan ruang luaran dan keberkesanannya ke atas interaksi sosial. Kes kajian Taman Melor, Taman Perling, Taman Ungku Tun Aminah
Title:
Perancangan penggunaan ruang luaran dan keberkesanannya ke atas interaksi sosial. Kes kajian Taman Melor, Taman Perling, Taman Ungku Tun Aminah
Personal Author:
Publication Information:
1990
Physical Description:
1 reel 35 mm
Abstract:
Perumahan pangs 'walk-up' merupakan jenis perumahan pangsa yang baru di perkenalkan di Malaysia. Jenis perumahan ini telah menukarkan corak tradisi hidup rakyat Malaysia yang suka mendirikan rumah di atas tanah dengan mempunyai halaman sendiri kepada corak hidup yang lebih terkongkokong dengan dinding bilik sahaja. Selain itu, setiap perancangan perumahan perlu menyediakan ruang awam atau separa awam kerana ianya menjadi tempat penting untuk menjalinkan hubungan yang tidak formal. Kekurangan ruang awam dan separa awam boleh mewujudkan fenomena 'Atomization' iaitu hubungan hanya terbatas kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal sahaja. Dari sini timbullah keperluan sosial di dalam perancangan kawasan perumahan pangsa 'walk-up'. Dari awal kajian pengkaji mendapati bahawa ruang luaran yang disediakan sebahagian kawasan perumahan tidak dipergunakan dengan sepenuhnya oleh penghuni-penghuni kawasan kajian. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan kenapa keadaan begini boleh berlaku sedangkan kawasan awam yang disediakan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan penghuni-penghuni tersebut. Melalui kajian ini, pengkaji cuba untuk menyelidik sama ada rekabentuk fizikal penting di dalam mempengaruhi hubungan sosial di kawasan awam melalui pengwujudan semangat komuniti (sense of community). Di samping itu juga dapat membentukan sense of identiti kepada kawasan perumahan tersebut. Antara aspek-aspek yang disentuh dalam kajian ini aialah : i) kajian prinsip dan konsep asas penyusunan ruang luaran, ii) kajian fizikal, iii) kajian persepsi penduduk, dan iv) kajian persepsi agensi. Dari hasil kajian ini didapati terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi interaksi sosial penghuni melalui penyusunan blok atau ruang di persekitaran perumahan pangsa 'walk-up' iaitu : i) jarak, ii) perletakan kemudahan awam yang terasing, iii) hubungan visual dan iv) kepadatan. Rumusan dari kajian didapati bahawa corak penyusunan yang berbentuk berkelompokan iaitu harta awam di kelilingi oleh blok bangunan lebih senang mewujudkan interaksi sosial jika dibandingkan dengan corak yang berbentuk linear. Sekiranya ke semua faktor dapat dicantumkan sekali ia dapat mewujudkan satu keadaan yang harmoni bagi kawasan kediaman pangsa. Sebagai langkah penyelesaian masalah bagi pembangunan masa depan pengkaji menggariskan beberpa kriteria perancangan sebagai cadangan dan garispanduan iaitu, i) hubungan pandangan, ii) ruang koridor, iii) taman permainan kanak-kanak, iv) tempat letak kereta yang berjauhan, v) laluan pejalan kaki, vi) pengaturan blok bangunan, vii) lorong belakang, viii) kemudahan awam, ix) kawasan tempat duduk, x) kemudahan pengumpulan sampah, xi) warung, xii) penyelenggaraan di kawasan kediaman pangsa. Seterusnya, model-model baru bagi rekabentuk ruang luaran yang lebih berkesan dibentukkan sebagai satu panduan rekabentuk perumahan pangsa kos rendah pada masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjaan Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006190 NA2765.A97 1990 raf Non Circulating Microfilm UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001537582 NA2765.A97 1990 raf Non Circulating Microfilm UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order