Cover image for Sistem rekod kesalahan perancangan di Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Title:
Sistem rekod kesalahan perancangan di Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
KL : UTM, 1989
Physical Description:
2 jil
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 5461
Abstract:
Sistem Rekod kesalahan Porancangan yang dibangunkan di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, adalah merupakan satu sistem berkomputer yang akan mengendalikan data, rekod dan maklumat mengenai premis utama, siasatan tapak bagi menentukan kesalahan perancangan, serta bentuk tindakan yang diambil oleh Bahagian dan Jabatan ini bagi setiap kesalahan perancangan yang disabitkan. Sistem ini dibahagikan kepada tiga (3) modul utama yang menghasilkan tiga (3) pengkalan data yang saling berhubungan antara satu sama lain iaitu :- a. Maklumat utama Premis (semasa). b. Maklumat Siasatan Tapak. c. Maklumat Lejar Tindakan Penguatkuasaan. Modul maklumat utama Premis akan mengendalikan segala maklumat premis di Wilayah Persekutuan seperti nombor lot dan premis, alamat premis, kelulusan perancangan, zon (kegunaan tanah), pemilik, pengguna serta tindakan penguatkuasaan yang telah diambil. Modul maklumat Siasatan Tapak pula akan mengendalikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan siasatan tapak yang telah dijalankan oleh kakitangan Bahagian Penguatkuasa ke atas premis-premis yang disiasat. Modul yang terakhir iaitu modul maklumat Lejar Tindakan Penguatkuasaan, digunakan bagi mengendalikan secara terperinci butir-butir tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap sesuatu premis bermula daripada pembukaan fail sehinggalah peringkat tindakan yang terakhir iaitu apabila kes ditutup atau ditamatkan. Dengan adanya Sistem Rekod Kesalahan Perancangan melalui penggunaan komputer, ianya akan dapat memperkemaskan penyimpanan rekod-rekod kesalahan perancangan melalui penggunaan pengkalan data, memudahkan pencarian fail-fail kesalahan yang sedia ada, di samping dapat mengeluarkan laporan ringkas rekod-rekod kesalahan untuk tujuan mesyuarat, permintaan dari pihak atasan, laporan bulanan dan tahunan, perancangan dan kawalan pembangunan serta dapat meningkatkan produktiviti kakitangan dan prestasi Bahagian Penguatkuasaan, JPKB, DBKL pada masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Lepas Ijazah Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004486 HT169.M3 K82 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000007329 HT169.M3 K82 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order