Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pendekatan program penyusunan semula masyrakat desa dalam pembangunan tanah terbiar dan kesannya ke atas sosioekonomi. Kes kajian : program penyusunan semula masyarakat desa, Jasin, Melaka
Title:
Pendekatan program penyusunan semula masyrakat desa dalam pembangunan tanah terbiar dan kesannya ke atas sosioekonomi. Kes kajian : program penyusunan semula masyarakat desa, Jasin, Melaka
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3677 ra
Abstract:
Hampir 50,000 hektar tanah di Negeri Melaka dikategorikan sebagai tanah terbiar. Diantaranya termasuklah tanah paya dan belukar, sawah dan tanah kerajaan yang tidak diusahakan, tanah getah tua yang perlu di tanam semula, dusun dan kebun kelapa yang tidak mendatangkan hasil yang ekonomik. Berbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan Negeri Melaka untuk mengatasi masalah tanah terbiar ini dan langkah terbaru yang telah diambil untuk membangunkan tanah tersebut adalah berlandaskan konsep Program Penyusunan Semula Masyarakat Desa yang dikaji oleh penulis mengenai kesannya terhadap sosioekonomi. Bab pertama, penulis menerangkan objektif, skop dan kepentingan kajian serta kedudukan kawasan kajian dalam konteks nasional dan wilayah. Takrif mengenai maksud Tanah Terbiar, Penyusunan Semula Masyarakat Desa dan Sosioekonomi juga diperjelaskan disamping penghuraian tentang methodologi yang digunakan untuk membuat kajian. Bab Kedua, penulis mengulas pandangan dan pendapat pengkaji-pengkaji terdahulu terhadap faktor-faktor sosioekonomi yang mempengaruhi pembangunan sektor pertanian serta faktor-faktor yang menyebabkan tanah menjadi terbiar dan kesannya terhadap sosioekonomi. Bab keiga, penulis menghuraikan cara perlaksanaan yang melibatkan komponen perumahan, pertanian dan prasarana. Disamping itu penulis juga menyentuh mengenai agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, peranannya serta pihak yang menanggung segala kos bagi pembiayaan program ini. Untuk memberikan gambaran awal tentang tanah di tapak kajian, penulis menghuraikan elemen-elemen seperti keadaan mukabumi, susun-atur tempat kediaman, sistem perparitan, saliran serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada sebelum program ini dilaksanakan. Bab keempat, penulis mengkaji taraf ekonomi peserta program dan aspek utama yang diambilkira ialah pendapatan ketua keluarga iaitu meliputi pendapatan dari pekerjaan utama, kerja-kerja sambilan, pemberian dari anak-anak, pencen dan sebagainya dengan syarat ianya adalah merupakan pendapatan yang tetap pada setiap bulan. Disamping itu pemilikan harta seperti pemilikan tanah, rumah, kelengkapan asas (contohnya kenderaan, talivisyen, radio) juga dikaji. Aspek pemilikan harta diambil kira kerana ianya dapat menggambarkan taraf ekonomi masyarakat dengan lebih tepat disamping aspek pendapatan. Kajian dari aspek sosial, pengkajian utama dibuat terhadap saiz keluarga. Disamping itu penulis juga mengkaji pendapat atau pandangan peserta mengenai program yang dijalankan seperti mengenai harga rumah yang ditawarkan, tujuan penyertaan dan pihak yang mendorongkan mereka menyertai program sebelum penulis merumuskan segala analisa kajian yang dibuat. Bab kelima iaitu merupakan bab yang terakhir, penulis memaparkan masalah-masalah yang dihadapi semasa program dijalankan disamping penulis cuba memberikan cadangan-cadangan yang dirasakan boleh membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum kesimpulan di buat.
DSP_DISSERTATION:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006985 HD1671.M32 J37 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page