Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian mengenai masalah pembelajaran mata pelajaran matematik keatas murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap, Tampin, Negeri Sembilan
Title:
Kajian mengenai masalah pembelajaran mata pelajaran matematik keatas murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap, Tampin, Negeri Sembilan
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7758 ra
Abstract:
Projek yang dijalankan ini adalah satu kajian berhubung dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tingkatan empat dari Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap di dalam pembelajaran mata pelajaran matematik. Kriteria-kriteria yang dibincangkan di dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran yang merangkumi aspek nonintelektif iaitu latar belakang murid, motivasi ke arah pembelajaran matematik, pengalaman murid di dalam kelas, penglibatan murid dalam aktiviti di kelas, pembentukan dan pengukuhan konsep, tugasan dan soalan, kesediaan murid dan peneguhan. Instrumenyang digunakan bagi tujuan penyelidikan ini ialah satu set borang soal selidik khusus untuk murid dan temubual dengan guru mata pelajaran matematik. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah di dalam pembelajaran matematik yang dihadapi oleh murid berkenaan iaitu kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi rendah dan tidak berpendidikan tinggi, mempunyai pendorong yang tidak dapat memberi kesan yang memuaskan ke arah pembelajaran ataupun tidak langsung mempunyai pendorong, tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh, guru yang jarang menggunakan alat bantu mengajar, pasif ketika di dalam kelas, contoh guru yang tidak dapat membantu pembentukan dan pengukuhan konsep, tidak dapat menyiapkan soalan-soalan tugasan dan soalan yang mengelirukan, tahap kesediaan yang rendah kerana tidak mengulangkaji pelajaran dan tidak membuat soalan dari buku rujukan dan akhir sekali peneguhan negatif memberi kesan buruk kepada sebilangan murid.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001629090 QA135.5 N67 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page