Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Suatu analisa ke atas peribahasa Melayu dan peranan-peranannya dalam kaitan dengan seni, sosio-budaya dan pengaruh penghidupan orang-orang Melayu
Title:
Suatu analisa ke atas peribahasa Melayu dan peranan-peranannya dalam kaitan dengan seni, sosio-budaya dan pengaruh penghidupan orang-orang Melayu
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1984
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4067 ra
Abstract:
Tujuan : Mengkaji aspek-aspek yang terlindung di sebalik peribahasa bagi mendapatkan gambaran dan kesedaran terhadap peranan-peranan dan kaitannya dengan seni, sosiobudaya dan pengaruh penghidupan orang-orang Melayu. Mendapatkan gambaran bahawa peribahasa itu ujud dan digunakan melalui pemerhatian, pemikiran dan kesedaran terhadap alam sekeliling dan semulajadi. Mendapatkan keyakinan bahawa peribahasa bukan sekadar berfungsi sebagai nasihat, kias-ibarat atau 'penyedap bahasa', malah ia mencerminkan watak sesuatu bangsa manusia. Bidang Kajian : Merangkumi peribahasa-peribahasa Melayu (termasuk simpulan bahasa, pepatah-petitih, perumpamaan dan bidalan) dengan memilih sebilangan sebagai contoh mengikut kesesuaian konteks dan bidang kajian. Menghadkan pemilihan peribahasa-peribahasa contoh kepada yang mudah dikaitkan dengan nilai-nilai seni, sosiobudaya dan pengaruh penghidupan. Mengkaji asal-usul bagaimana terbitnya peribahasa tersebut dan penggunaannya serta mengaitkan pengertiannya dengan fakta-fakta yang didapati. Sekadar menggambarkan suatu kesedaran (realization) terhadap nilai-nilai yang terlindung di sebalik peribahasa. Latarbelakang : Peribahasa ujud dan berkembang bersama bahasa. Mula digunakan sejak manusia mulai mengenal peradaban. Bagaimanapun, perkembangan peribahasa tidak pernah disedari dengan tepat. Ia timbul dari masa ke semasa mengikut perkembangan masa dan keadaan dan akan mudah tenggelam dan dilupakan jika tidak selalu digunakan atau dirasakan tidak lagi bersesuaian dengan kemajuan hidup. Usaha-usaha para cendikiawan dan ahli-ahli bahasa yang mengkaji serta cuba membukukan peribahasa sebagai kamus dan sebagainya adalah suatu langkah yang positif ke arah mengekalkan warisan bangsa ini dari luput. Mereka sedar tentang kepentingan peribahasa dan nilai-nilai yang dimilikinya. Memang pada hakikatnya peribahasa itu bukan hanya sekadar suatu elemen dalam bahasa suatu bangsa, tetapi ia juga mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Setakat ini, belum terdapat suatu kajian langsung terhadap peribahasa yang boleh dianggap menyeluruh dan meluas dengan membentangkan nilai-nilai yang terkandung didalam peribahasa, khususnya tentang bagaimana yang dikatakan ia mencerminkan watak sesuatu bangsa. Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa segenap aspek dalam peribahasa, tetapi ia lebih merupakan satu kajian perintis kepada pengkhususan bidang seperti yang telah dinyatakan dan boleh dikira sebagai titik bertolak kepada pengkali-pengkaji yang seterusnya. Literature survey : Memang terdapat usaha-usaha ahli-ahli bahasa yang telah mengkaji mengumpul dan membukukan peribahasa Melayu dalam bentuk koleksi atau disusun dalam bentuk kamus. Diantaranya ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Simpulan Bahasa oleh Abdullah Hussein, Peribahasa Melayu Moden oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta banyak lagi yang rata-rata sekadar memberikan panduan ilmiah. Mungkin juga usaha-usaha mereka mempunyai tujuan yang lebih besar seperti untuk menyimpan warisan bangsa ini sebagai khazanah untuk tatapan generasi akan datang misalnya, kerana menyedari betapa terdapatnya nilai dan aspek-aspek hidup yang terkandung di dalamnya. Bagaimanapun, kajian-kajian yang dilakukan lebih banyak tertumpu kepada memberikan pengertian dan maksud sesuatu peribahasa tanpa menyatakan asal-usul, kesan yang ditinggalkan dan seumpamanya. Pengecualian diberikan kepada Pak Sako yang telah dan sedang melakukan kajian yang lebih mendalam tentang peribahasa melalui tulisan eseinya 'siri Pepatah-petitih' dalam setiap keluaran majalah humor Gila-gila. Walaupun tidak dapat dinafikan tentang unsur-unsur humor di dalam tulisan-tulisan beliau itu, melalui olahannya, beliau telah berjaya menyedarkan kita dengan gambaran yang lebih jelas tentang berbagai aspek penghidupan orang-orang Melayu dulu dan sekarang. Tetapi tulisan-tulisan Pak Sako masih bersifat terlalu umum, tanpa memberikan pengkhususan kepada bidang-bidang yang tertentu. Jadi dalam kajian ini penumpuan akan lebih diberatkan kepada peranan-peranannya dalam kaitan dengan seni, sosio budaya dan pengaruh penghidupan orang-orang Melayu. Hasil yang diharapkan : * Mendapatkan suatu kesedaran bahawa terdapatnya kaitan di antara Peribahasa dan peranan-peranan dengan kesenian, sosiobudaya dan pengaruh penghidupan prang-orang Melayu. * Dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang cara pemikiran, corak pengkhidupan dan unsur-unsur yang mempengaruhi penghidupan orang-orang Melayu sebagaimana yang telah digambarkan oleh peribahasa. * Dapat dijadikan panduan untuk pengkaji-pengkaji Peribahasa amnya dan penghidupan orang-orang Melayu khususnya.
DSP_DISSERTATION:
Kajian topikal (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003900 NA2543.S6 A43 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page