Cover image for Hartanah pelaburan dan penilaiannya
Title:
Hartanah pelaburan dan penilaiannya
Personal Author:
Publication Information:
1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4039 ra

Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur Pengurusan Hartabenda ) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985
Abstract:
Dissertasi ini merupakan suatu kajian terhadap hartanah pelaburan dan penilaiannya dengan rujukan khusus kepada keadaan di Malaysia. Kajian ini cuba untuk meninjau pertumbuhan sektor hartanah sebagai satu bidang pelaburan di Malaysia dan perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam pasarannya; khususnya berkisar dari kemasukan sektor korporat ke dalam bidang pelaburan hartanah semenjak awal tahun 1980an dan juga perubahan-perubahan di dalam sikap pelabur serta rupa bentuk struktur pasaran hartanah. Kajian ini seterusnya bermatlamat untuk mengenal pasti tujuan serta kepentingan untuk menilai hartanah pelaburan, mengkaji penentu-penentu nilai hartanah pelaburan dan juga kaedah penilaian hartanah pelaburan yang digunakan sebagai alat utama di dalam proses membuat keputusan pelaburan. Di sini rujukan khas dibuat kepada penggunaan kaedah aliran tunai terdiskaun berhubung dengan kemampuannya serta kesesuaiannya untuk menilai hartanah pelaburan di masa kini. Kesimpulan seterusnya dibuat mengenai prospek hartanah pelaburan dan penilaiannya di masa hadapan serta implikasi terhadap profesion (bidang) penilaian umumnya. Penilai khususnya digesa agar bersikap lebih dinamik dan bersedia untuk menghadapi cabaran serta menyedari tanggungjawab mereka di dalam meningkatkan peranan hartanah pelaburan dan penilaianya kepada perspektifnya yang sebenar di dalam pasaran pelaburan di Malaysia.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006754 HD1375 A32 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001583990 HD1375 A32 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order