Cover image for Kelakuan pengukuhan tanah lampai lombong
Title:
Kelakuan pengukuhan tanah lampai lombong
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7649 ra
Abstract:
Malaysia adalah sebuah negara dimana aktiviti perlombongan adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dengan luasnya, terutamanya perlombongan untuk bijih timah. Kawasan utama yang mempunyai aktiviti perlombongan bijih timah ialah Lembah Kinta dan Lembah Klang. Pembangunan di kedua-dua kawasan ini adalah amat pesat sekali sehingga tanah bekas lombong di sekeliling kedua-dua kawasan ini adalah amat pesat sekali sehingga tanah bekas lombong di sekeliling kedua-dua kawasan ini ditebusguna untuk projek perumahan. Sebahagian daripada projek ini berjaya manakala sebahagian lagi mengalami pemendapan dan retakan di lantai dan dinding. Maka adalah penting untuk melakukan kajian-kajian yang lebih mendalam mengenai tanah lampai lombong ini. Dalam perjalanan tesis ini, ujikaji pengukuhan menggunakan oedometer telah dilakukan. Dalam ujikaji oedometer, sampel-sampel yang digunakan ialah tanah lampai lombong daripada kawasan Lembah Kinta iaitu dari Pengakalan Pusing dan Malim Nawar. Sampel-sampel yang digunakan adalah tidak dirawat dan kemudiannya dirawat dengan menggunakan kalsium klorida (CaC1) dan polyethelene oksid (PEO). Parameter-parameter tanah seperti pekali pengukuhan (Cv), angkujuh mampatan (Cc) serta pekali isipadu mampatan (mv) dicari daripada keputusan ujikaji yang telah dijalankan. Pada akhir tesis ini, perbandingan di antar hasil ujikaji sampel-sampel tidak dirawat dan dirawat telah dibuat serta cadangan-cadangan untuk penerusan tajuk tesis ini pada masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001459654 TA710.5 A67 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order