Cover image for Pendekatan perancangan dalam mengawal pencemaran air dan bau dari aktiviti ternakan khinzir : kajian kes : Paya Mengkuang, Alor Gajah
Title:
Pendekatan perancangan dalam mengawal pencemaran air dan bau dari aktiviti ternakan khinzir : kajian kes : Paya Mengkuang, Alor Gajah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8058 ra
Abstract:
Sejak kebelakangan ini perkembangan aktiviti ternakan khinzir telah mendatangkan banyak amsalah kepada alam sekitar. Antara pencemaran yang ternyata sekali adalah pencemaran air dan bau. Konsep ladang ternakan khinzir secara berpusat telah menjanakan bahan pencemar yang tinggi. Sebagai contoh, sisa khinzir mempunyai kandungan nitrogen, BOD, dan sisa terampai yang tinggi berbanding dengan sisa manusia. kandungan buangan untuk 1.000 ekor kkhinzir adalah bersamaan dengan 20.000 - 50,000 buangan manusia (bergantung kepada parameter yang dibandingkan). Oleh itu, aktiviti ternakan khinzir menimbulkan banyak aduan dari penduduk sekitar ladang sehingga terdapat banyak kes penempatan semula ladang-ladang ternakan khinzir, seperti yang berlaki di Pulau Oinang, negeri Sembilan dan Negeri Selangor. Masalah ini tidak terkecuali bagi kawasan kajian iaitu Paya Mengkuang, Daerah Alor Gajah, Melaka. Analisis di kawasan kajian menunjukkan bahawa wujudnya ketidakcekapan perancangan dalam pembangunan aktiviti ternakan khinzir berpusat. Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh pengabaian aspek perancangan fizikal tapak ladang ternakan, pembuangan sisa khinzir tanpa serbarang rawatan ke dalam sistem peparitan dan penguatkuasaan perundangan yang sedia ada tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan di atas. Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersbut adalah dibahagikan kepada aspek perncangan dan aspek kawalan aktiviti ternakan khinzir secara berpusat. Aspek perancangan merangkumi : i) keiteria pemilihan fizikal tapak ladang ternakan dan ii) panduan gunapakai potensi permukaan. Manakala aspek kawalan pula merangkumi i) keperluan peraturan dan institusi dalam mengawal aktiviti ternakan khinzir, ii) teknik rawatan sisa khinzir dan iii) lain-lain keperluan tapak ladang ternakan khinzir berpusat. Hasil kajian menunjukkan bahawa jururancang mempunyai peranan yang luas di dalam pengurusan aktiviti ternakankhinzir. Aspek pemilihan tapak untuk ladang ternakan khinzir berpusat perlu diambilkira dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan. jururancang perlu menyedari tentang kepentingan kualiti alam persekitaran dan perlu menggunakan suatu kriteria perletakan ladang ternakan khinzir yang teratur dan rasional.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000071 HD9416.M32 M495 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002368235 HD9416.M32 M495 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order