Cover image for Keresahan fizik merentasi aras pemikiran kognitif Piaget dan jantina di kalangan pelajar tingkatan enam rendah
Title:
Keresahan fizik merentasi aras pemikiran kognitif Piaget dan jantina di kalangan pelajar tingkatan enam rendah
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
x, 72 p.: ill. ; 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Yap Kueh Chin

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8230 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras pemikiran kognitif Piaget pelajar tingkatan enam sains dan menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam keresahan terhadap fizik diantara pelajar yang berada dalam tahap pemikiran konkrit, peralihan dan formal, merentasi jantina. Seramai 196 pelajar Tingkatan Enam Rendah Sains di Daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi telah dilibatkan dalam kajian ini. Sampel pelajar telah dikelompokan ke dalam aras pemikiran kognitif Piaget tertentu : sama ada konkrit,, peralihan atau formal dengan menggunakan instrumen ' Group Assessment of Logical Thinking (GALT) '. Keresahan sampel terhadap mata pelajaran fizik diuji dengan menggunakan instrumen ' Zuckerman's Affect Adjective Checklist (ZAAC)'. Pengujian hipotesis kajian dilakukan melalui kaedah Analisis Varians (ANOVA) dua hala, dengan keresahan sebagai pembolehubah bersandar, pemikiran kognitif dan jantana sebagai pembolehubah tidak bersandar. Semua hipotesis diuji pada aras signifikan 0.05. Analisis diskriptif mendapati hampir 47% pelajar daripada sampel belum mencapai tahap formal. Melalui analisis ANOVA didapati : (a) tidak terdapat perbezaan keresahan terhadap fizik bagi sampel pelajar di dalam tahap pemikiran kognitif Piaget yang bebeza, b) keresahan sampel pelajar perempuan terhadap fizik adalah lebih tinggi berbanding dengan sampel pelajar lelaki dan (c) tidak terdapat interaksi di antara tahap pemikiran kognitif dan keresahan merentasi jantina. Hasil penting kajian ini adalah bahawa sampel pelajar yang min umurnya 18 tahun masih belum mencapai tahap formal walaupun mengikut teori Piaget, mereka sepatutnya telah mencapai tahap ini. Guru yang mengajar pelajar Tingkatan Enam Sains perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Kajian lanjut perlu juga dijalankan yang melibatkan lebih banyak sampel dari seluruh negara agar mengesahkan keputusan kajian ini. Beberapa implikasi daripada dapatan kajian terhadap keresahan fizik merentasi aras pemikiran kognitif Piaget dan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Enam Sains telah dikemukakan, batas kajian dinyatakan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga dibincangkan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Pendidikan Teknologi)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654766 LB1060 K27 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order