Cover image for Analisis berkomputer bagi kesan fana ke atas sistem paip : menggunakan kaedah cirian
Title:
Analisis berkomputer bagi kesan fana ke atas sistem paip : menggunakan kaedah cirian
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
xvi, 130 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof Madya Dr. Che Nyan Husain

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8131 ra
Abstract:
Fenomena fana atau keadaan tak mantap di dalam sesuatu sistem aliran boleh berlaku disebabkan penutupan atau pembukaan injap, pemberhentian pam dan sebagainya. Ini merupakan satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan seemasa peringkat reka bentuk. Dewasa ini, penggunaan komputer digit dieksploit secara meluas untuk memberikan keputusan yang lebih tepat di samping menjimatkan masa. Di dalam disertasi ini, Kaedah Cirian telah digunakan untuk menganalisis fenomena fana ini. Kaedah ini dapat menggambarkan keadaan fizikal bendalir yang sebenar dengan mengambil kira semua keadaan sempadan yang terdapat di dalam sistem tersebut. Satu program komputer telah dihasilkan yang dapat meramal sebarang kejadian fana di dalam sistem perpaipan. Beberapa kes tertentu telah dikenal pasti untuk dianalisis iaitu talian paip tunggal, paip siri dan rangkaian paip mudah. Kesemua penyelidikan dihad kepada kejadian fana yang terhasil daripada penutupan injap di bahagian hilir dengan mempertimbangkan dua parameter aliran, iaitu, kadaralir Q dan terus piezometrik H. Di samping itu, dua jenis penutupan telah diselidiki, iaitu, penutupan cepat dan perlahan. Secara am, hasil kajian menunjukkan bahawa kejadian gana hanya mempunyai kesan yang ketara di sekitar punca (injap). Semakin jauh ke hulu, kesan ini akan berkurangan dan seterusnya terlesap. Penutupan cepat menghasilkan masa tekanan puncak pada atau sebelum 2L/a, manakala untuk penutupan perlahan satu ayunan tekanan terhasil yang teredam di akhir sela masa.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan Awam (Hidraulik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002459000 TA357.5.U57 A95 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order