Cover image for Kesan bantuan kredit Bank Pertanian Malaysia (BPM) keatas produktiviti tanah
Title:
Kesan bantuan kredit Bank Pertanian Malaysia (BPM) keatas produktiviti tanah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2459 ra
Abstract:
BPM adalah salah sebuah institusi kewangan yang menyediakan kemudahan kredit untuk pembangunan hartanah pertanian. Sebagai sebuah badan berkanun, usaha-usahanya lebih ditumpukan bagi membantu kerajaan mencapai objektif dasar-dasar yang diluluskan dari masa kesemasa, disamping mencapai objektifnya sendiri. Adalah menjadi hasrat BPM untuk mengujudkan satu masyarakat petani dan nelayan yang moden, berdikari dan sensitif kepada pembangunan dan seterusnya ingin memperniagakan pertanian (commercialization of agriculture). Diantara faktor penting yang dapat membantu pencapaian hasrat BPM ini adalah melalui peningkatan pengeluaran pertanian dan produktiviti tanah. Samada petani-petani yang mendapat kemudahan kredit BPM ini dapat mempertingkatkan pengeluaran pertanian dan produktiviti tanah mereka adalah satu persoalan yang perlu diberi perhatian. Didalam kajian ini, subjek utamanya adalah untuk mengkaji perkaitan antara produktiviti tanah dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya (terutamanya kredit). Analisis regressi berganda (MRA) digunakan bagi menganalisa data-data sampel. Beberapa keputusan didapati daripada kajian ini. Nilai pekali regressi bagi amaun kredit adalah positif, yang menunjukkan bahawa amaun kredit BPM ini telah memberi sumbangan positif dalam peningkatan pengeluaran pertanian dan produktiviti tanah. Walaubagaimanapun kadarnya adalah agak kecil. Kajian ini juga telah mendapati bahawa petani-petani yang sanggup / mampu mengeluarkan kos tambahan bagi membiayai tanaman mereka akan mendapat pulangan (dalam bentuk amaun output padi) yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak sanggup / mampu berbuat demikian. Ini menunjukkan terdapatnya keperluan kredit tambahan yang perlu diberikan atau mengkaji semula sistem pemberian kredit padi yang ada sekarang sekiranya pengeluaran pertanian dan produktiviti tanah hendak dipertingkatkan. Beberapa masalah telah dihadapi didalam kajian ini, oleh itu beberap cadangan dikemukakan dan kalau boleh diambil tindakan oleh mereka yang berminat untuk menjalankan analisis regressi oleh mereka yang berminat untuk menjalankan analisis regressi berganda keatas fungsi pengeluaran bagi skim-skim kredit BPM yang lain.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005237 HD1440.M3 A95 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order