Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Rawatan efluen kilang kelapa sawit menggunakan proses lapisan terkembang mikro-pembawa anaerobik
Title:
Rawatan efluen kilang kelapa sawit menggunakan proses lapisan terkembang mikro-pembawa anaerobik
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8344 ra
Abstract:
Proses Lapisan Terkembang Anaerobik (Anaerobic Expanded Bed Process) adalah sustu kaedah rawatan airsisa yang masih baru kepada Malaysia. walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan di luar negeri telah membuktikan bahawa penggunaannya didalam merawat airsisa industri memaparkan keputusan yang memuaskan. Kajian-kajian tersebut juga menunjukkan bahawa ianya adalah sesuai dalam rawatan airsisa berkuatan tinggi ataupun rendah. Sebenarnya proses rawatan ini merupakan sejenis proses rawatan biologi anaeraobik yang dijangkakan boleh menghasilkan biogas (terutamanya gas methana), yang mana boleh digunakan sebagai suatu sumber tenaga di dalam industri itu sendiri. Konsep asas proses ini adalah pengembgngan yang diberikan kepada satu lapisan media. Lapisan media tersebut ditempatkan di bahagian bawah reaktor yang berbentuk turus. Bakteria anaerobik (biofilem) yang memberikan sumbangan di dalam proses rawatan akan tumbuh di atas permukaan media. Lapisan media tersebut pula akan dikembangkan kepada suatu peratus pengembangan tertentu dengan suatu aliran dari bawah ke atas. Ianfluen pula akan mengalir melalui lapisan media terkembang yang ditumbuhi dengan biofilem. Efluen kilang kelapa sawit (POME atau palm oil mill effluent) adalah sejenis airsisa industri berkekuatan tinggi yang biasa terdapat di Malaysia. ianya mempunyai parameter Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) tipikal setinggi kira kira 25,000 mg/L. Ini adalah sama seperti suatu kesetaraan penduduk seramai 22.3 juta (yang melebihi junlah penduduk Malaysia sekarang). Kajian ini meninjau tentang kemungkinan Proses Lapisan Terkembang Anaerobik ini digunakan dalam merawat airsisa POME. untuk tujuan tersebut, satu model skala makmal telah di bina. media pembawa (carrier media) yang terdiri daripada klinker kelapa sawit (POC atau palm oil clinker) yang bersaiz kurang dari 0.15 mm, telah digunakan untuk menggalakkan pertumbuuhan biofilem di dalam reaktor.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002554925 TD755.C44 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page