Cover image for Penggunaan sisa buangan industri revertex dalam campuran bitumin
Title:
Penggunaan sisa buangan industri revertex dalam campuran bitumin
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8357 ra
Abstract:
Objektif kajian projek tahun akhir ini adalah untuk menentukan keupayaan RISE sebagai bahan pengubahsuai pada bahan bitumin. RISE adalah nama singkatan kepada Revertex Incinerator Sludge Effluent iaitu sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pemprosesan secara kimia di Revertex (Malaysia) Sdn Bhd., Kluang. Analisa kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan RISE mempunyai ciri-ciri polimerik dan juga mempunyai sifat-sifat seperti getah. Berdasarkan sifat-sifat ini ianya berpotensi untuk digunasemula sebagai bahan tambah kepada bitumin. Beberapa ujikaji makmal tela dijalankan bagi menentu sifat-sifat RISE sebagai bahan pengubahsuaian kepad bahan bitumin bergred 80/100. Ujikaji-ujikaji yang telah dilaksanakan ialah ujiakji penusukan, cincin dan bola, kelikatan, kehilangan akibat pemanasan dan ujikaji Marshall. bagi menentukan perubahan pada sifat-sifat bitumin, RISE dicampurkan pada kadar 2,4,6,8,10,12 dan 14 peratus bersama bitumin dimakmal. Hasil daripada ujikaji-ujikaji yang telah dijalankan, RISE didapati mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sifat-sifat fizikal bitumin 80/100 pen yang digunakan untuk tujuan kajian ini. Dengan itu keputusan ini mungkin boleh digunakan sebagai petanda awal untuk mengkaji dengan lebih lanjut lagi kesan RISE pada sifat-sifat bahan campuran berbitumin.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002855447 TE270.M33 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order