Cover image for Pembebanan dinamik ke atas campuran bitumen
Title:
Pembebanan dinamik ke atas campuran bitumen
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7456 ra
Abstract:
Pembebanan dinamik ke ke memainkan peranan yang penting dalam menentukan keupayaan lapisan berbitumen untuk menanggung beban lalulintas di dalam struktur turapan. Pembebanan yang berterusan menyebabkan lapisan berbitumen menjadi lemah, tidak stabil dan seterusnya mengalami ubahbentuk sehingga mencapai keadaan lesu di mana pada keadaan ini struktur turapan telahpun gagal untuk berfungsi sebagaimana direkabentuk.Kajian yang dilakukan adalah untuk meninjau corak dan cara pembebanan dinamik atas campuran bitumen yang dilakukan dalam makmal, supaya pembebanan yang dihasilkan adalah selaku seperti pada keadaan sebenar di jalanraya. Untuk tujuan ini sifat-sifat lesu dan rayap pada lapisan berbitumen akan dikenalpasti apabila lapisan tersebut ditindakkan oleh beban lalulintas. Kajian literatur dibuat ke atas kaedah pengujian yang telah dijalankan dalam makmal dan seterusnya satu alat direkabentuk bagi menguji kesan pembebanan tersebut ke atas campuran bitumen. Daripada peralatan itu nanti corak dan cara pembebanan yang menghasilkan keadaan lesu dan rayap akan dapat dipraktikkan. Adalah diharapkan dengan menggunakan data-data yang dihasilkan nilai modulus dinamik bagi lapisan konkrit berasfalt dalam struktur turapan akan dapat ditentukan, dan seterusnya ramalan ke atas hayat struktur turapan akan dapat dibuat dan pendekatan yang rasional ke atas sistem pengurusan turapan akan dapat digunakan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001534134 TE270.K35 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order