Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Rekabentuk struktur blok konkrit galas beban menggunakan perisian 'spreadsheet'
Title:
Rekabentuk struktur blok konkrit galas beban menggunakan perisian 'spreadsheet'
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Pinjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8330 ra
Abstract:
Penggunaan bangunan blok konkrit merupakan satu kaedah yang kurang meluas di Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan pengetahuan para arkitek dan jurutera terhadap kaedah rekaebntuk struktur tersebut. bahanbinaan yang tettua ini mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut ekonomi, tahanlasak, cepat pembinaan serta menarik. Dengan kebaikan tersebut, kerja blok mempunyai potensi sebagai bahan gantian kepada struktur konkrit bertetualang dan juga struktur keluli. Berbanding dengan perisian rekabentuk konkrit bertetulang dan struktur keluli, perisian komputer dalam rekabentuk pertukangan batu amat kurang. Maka projek ini bertujuan menghasilkan suatu aturcara rekabentuk kerjablok galas beban dengan menggunakan makro Lotus 123 bagi mempermudahkan dan mempercepatkan kerja rekabentuk struktur blok konkrit galas beban. 'Spreadsheet' mempunyai penyampaian yang baik dalam menyelesaikan kerja yang berulang seperti kerja merekabentuk yang biasanya melibatkan proses berulangan untuk mendapatkan suatu rekabentuk yang sesuai. Projek ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, kajian literatur mengenai sejarah pertukangan batu, kebaikan dan kelemahan serta sifat-sifat bahan kerjablok akan dibdntangkan agar memberikan satu asas yang kukuh terhadap struktur ini. Bahagian dua, mengaturcarakan langkah-langkah rekabentuk blok konkrit galas beban berpandukan kepada Kod Amalan BS 5628: Bahagian I bagi struktur pertukangan batu tanpa bertetulang dan Bahagian II bagi struktur pertukangan batu bertetulang. perhatian ditumpukan pada rekabentuk dinding galas beban yang merupakan struktur yang paling penting dalam rekabentuk pertukangan batu. Selain daripada menghasilkan satu aturcara rekabentuk struktur blook konkrit galas beban yang praktikal dan mudah digunakan.Diharap projek ini sebagai titik permulaan untuk memperkembangkan aturcara rekabentuk pertuakngan batu dan juga pembinaan pertukangan batu di negara ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002708794 TA679 F66 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page