Cover image for Pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai dan analisis kos
Title:
Pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai dan analisis kos
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 8080 ra

Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Abdul Ghani Khalid

This title is an Open Access thesis starting from 6th August 1999
Abstract:
Kajian pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai dan analisis kosini mempunyai toga objektif yang utama. Objektif yang pertama adalah untukmengenali dan memahami pembinaan pelantar minyak dan gas secara am dankeseluruhan pembinaan pelantar yang meliputi aspek dari rekabentuk sehingga penyiapan pelantar. Manakala objektif yang kedua adalah untuk mencadangkanpenggunaan konsep analisis kos dalam pembinaan pelantar dan yang ketiga adalah bertujuan untuk mengenali cara-cara perancangan kos dalam pembangunandan pembinaan pelantar minyak.Kajian pembinaan pelantar adalah berasaskan teori-teori fabrikasi dan pembinaan, pelantar minyak dan gas luar pantai. Pembinaan pelantar adalahmerangkumi pengenalan kepada industri petroleum yang menerangkan prosesdan fasa-fasa operasi huluan manakala perancangan pembangunan pelantarminyak luar pantai pula akan menerangkan proses perancangan pembangunan, pelan pembangunan permukaan dasar laut dan pemilihan kemudahan. Di samping itu, kajian ini juga akan membincangkan binaan pelantar minyak dan gas luar pantai mengikut fungsi dan jenis-jenisnya yang akan mengenalkan binaan pelantar secara umum. Seterusnya penyelidikan ini memberikan tumpuankepada kaedah pembinaan pelantar minyak dan gas, yang membincangkan aspek-aspek pembinaan pelantar meliputi aspek rekabentuk, fabrikasi, penghantaran ke lokasi, pemasangan dan ikatan penggukuhan, ujian dan pemeriksaan. Perbincangan pembinaan ini, merangkumi elemen-elemen utama pelantar yang terdiri daripada bahagian 'topsides', 'main support frame' dan jaket yang juga melibatkan kerja-kerja cerucuk. Kajian pembinaan ini boleh memberikan pengetahuan baru kepada profesion ukur bahan untuk menceburkan diri dalam industri petroleum serta menerokai bidang baru dalam kejuruteraan berat. Penyelidikan ini juga telah membincangkan cara perancangan kos dalam pembangunan pembinaan pelantar. Perancangan kos ini adalah terdiri dari prinsip-prinsip perancangan kos, penggunaan perancangan kos, kaedah anggaran kos dan contoh sistem anggaran kos untuk fabrikasi. Perbincangan perancangann kos ini telah memberikan gambaran ringkas bagaimana perancangan dan kawalan kos dalam industri petroleum dijalankan. Cabaran utama penyelidikan ini adalah, untuk mencadangkan penggunaan konsep analisis kos dalam pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai. Semasa kajian ini dijalankan, tidak ada penggunaan konsep analisis kos.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001552 TH438.S92 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000253280 TH438.S92 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order