Cover image for Keberkesanan Institut Kemahiran Mara (IKM) melatih pekerja mahir dalam industri binaan
Title:
Keberkesanan Institut Kemahiran Mara (IKM) melatih pekerja mahir dalam industri binaan
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7692 ra
Abstract:
Industri binaan memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan sesebuah negara. Bagi negara yang sedang membangun saperti Malaysia, aktiviti pembinaan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan negara. Dalam industri binaan, masalah yang sering dihadapi ialah kekurangan tenaga pekerja mahir. Kekurangan ini begitu dirasakan kerana mereka merupakan majoriti pekerja dalam industri binaan. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenega pekerja mahir, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa program. Antaranya ialah latihan tapak bina dan latihan institut. Institut Kemahiran MARA merupakan salah satu daripada program kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja mahir dalam industri binaan melalui latihan instituti. Walaubagaimanapun masalah kekurangan tenaga pekerja mehir tidak dapat diatasi sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Selain daripada perkembangan yang pesat dalam industri binaan itu sendiri, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah ini begitu sukar untuk diatasi. Sekiranya program yang dijalankan oleh pihak kerajaan benar-benar berjaya, program tersebut sepatutnya telah dapat memenuhi sebahagian daripada permintaan untuk tenaga pekerja mahir.Persoalannya ialah kemanakah bekas-bekas pelatih tersebut berada selepas mendapatkan latihan kemahiran. Walaupun tiada bukti yang jelas menunjukkan bekas-bekas pelatih tidak menceburi bidang mereka, apa yang pasti daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh jabatan statistik jumlah mereka yang sepatutnya berada dalam industri binaan jauh berbeza dengan jumlah yang telah mendapat latihan kemahiran. Kajian ini cuba membuktikan andaian-andaian yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bekas-bekas pelatih institusi kemahiran tidak berminat menceburi industri binaan. Kajian ini tidak bertujuan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, tetapi cuba untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun kajian ini hanya memberi tumpuan kepada Institut Kemahiran MARA sahaja, tetapi secara amnya kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh lain-lain institusi kemahiran. Sebab-sebab dan cadangan-cadangan ynag terdapat di dalam kajian ini diharap akan dapat memberi manafaat kepada semua pihak yang terlibat di dalam industri binaan terutama mereka yang terlibat secara lansung dengan latihan kemahiran.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Bangunan)--Universiti Teknologi Malaysia.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001357130 HD9715.M3 M39 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order