Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perilaku pertalian industri elektronik multinasional (MNE) di negeri Johor
Title:
Perilaku pertalian industri elektronik multinasional (MNE) di negeri Johor
Personal Author:
Publication Information:
1992
Physical Description:
xiv, 70 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor: Prof. Dr. Azman Awang

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7845 ra
Abstract:
Pada keseluruhannya kajian ini melibatkan penyelidikan ke atas perilaku perhatian industri di kalangan firma-firma elektronik multinational (MNE) di Negeri Johor. Persoalan pokok kepada penyelidikan ini ialah untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi firma-firma tersebut membeli input, mendapatkan khidmat sokongan dari sumber luar dan menjual output mereka ke luar. Kajian ini juga mengkaji perilaku pertalian industri mengikut ketegori kawasan industri (Kawasan Perdagangan Bebas, Kawasan Ester Perindustrian dan Kawasan Persendirian), dan kaitannya dengan saiz dan status pemilikan firma. Sebagai menyokong kajian ini, penyelidikan juga melibatkan faktor-faktor lokasi firma-firma yang dikaji. Penemuan ke atas faktor lokasi firma yang dikaji menunjukkan terdapat 5 faktor lokasi yang penting kepada firma-firma elektronik MNE utama iaitu; 1) kestabilan politik, 2) sumber buruh, 3) kemudahan infrastruktur, 4) hubungan dengan Kerajaan, dan 5) insentif Kerajaan. Didapati juga faktor-faktor seperti kehampiran dengan pasaran, sumber bahan mentah/barangan perantaraan dan "ingin terletak di Bandar besar tidaklah penting. Ini menunjukkan firma-firma MNE ini mengamalkan pertalian luar dengan sekutu-sekutu mereka dan firma induk khususnya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah/barangan perantaraan dan bagi memasarkan keluaran mereka khasnya barangan perantaraan. Di samping itu firma-firma elektronik di Negeri Johor adalah yang berorentasikan buruh dan faktor ingin terletak di bandar besar tidak penting selagi mana mereka mendapat bekalan buruh dan kemudahan infrastruktur perindustrian yang baik di luar kawasan Bandar besar. Pada keseluruhannya pertalian yang dihasilkan oleh firma-firma elektronik MNE ini tidaklah melebihi 25 peratus (kecuali pertalian khimdat sokongan). Didapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi mereka mendapatkan input dan menjual output ke luar adalah gabungan daripada faktor tempatan (kualiti rendah, harga tidak bersaing, tidak dihasilkan oleh industri tempatan dan saiz pasaran yang kecil) dan faktor luar (harga pindah, dasar firma dan insentif Kerajaan). Kategori kawasan industri juga memperlihatkan perilaku yang berbeza,di mana firma-firma yang terletak di Kawasan Perdagangan Bebas menjana pertalian yang lebih rendah dan lebih berorientasikan eksport berbanding dengan firma yang terletak di dua kawasan yang lain. Begitu juga dengan saiz firma,didapati firma yang bersaiz besar (lebih 500 orang pekerja) menjana pertalian yang lebih kecil berbanding dengan firma yang bersaiz kecil(kurang dari 100 orang pekerja). Kajian ini juga mendapati firma-firma Jepun, Amerika dan Eropah khususnya mendapatkan input yang lebih besar dari sumber luar serta berorientasikan eksport yang lebih tinggi berbanding dengan firma-firma Taiwan dan Hong Kong ataupun Singapura. Pada umumnya penyelidikan ini mempunyai implikasi secara langsung terhadap perancangan pembangunan ruang khasnya yang melibatkan perletakan industri. Strategi penyerakkan kawasan dan kemudahan industri keluar dari pusat bandar-bandar besar sedia ada perlu diteruskan. Di samping itu pengukuhan kepada usaha-usaha meningkatkan pertalian di antara firma-firma asing dan tempatan perlu dilaksanakan, khasnya yang melibatkan perletakan semula industri-industri tertentu dan insentif-insentif pelaburan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Falsafah Perancangan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001344 HD2902.6.Z8 J69 1992 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002576233 HD2902.6.Z8 J69 1992 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page